Sunday, August 19, 2012

.: Happy Eid For Everyone :.

haii ! selamat pagi semua ! : )

esok semua umat Islam akan menyambut hari raya Aidilfitri setelah sebulan berpuasa. Di kesempatan ini, saya mewakili ahli keluarga Mohamad Rofei Bin Nordin ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin buat semua yang mengenali kami terutamanya sanak-saudara, sahabat taulan, dan orang tersayang. 


Saya merangkap sebagai guru praktikal di Sekolah Tinggi Segamat juga ingin memohon maaf jika ada terkasar bahasa, terlebih gurauan dan terguris perasaan kepada semua warga Sekolah Tinggi Segamat terutama untuk pelajar 2 Baiduri, 2 Mutiara dan juga 2 Nilam. Tidak ketinggalan juga kepada warga  Universiti Pendidikan Sultan Idris a.k.a Program Pengajian Malaysia dengan Pendidikan dan sebagainya. 

" Semoga Aidilfitri ini membawa seribu keberkatan dan makna dari Yang Maha Esa "


p/s : ~ JANGAN lupa menziarahi kubur orang yang sudah tiada
       ~ JANGAN makan terlalu banyak 
       ~ JANGAN lupa minta duit raya ! weee ~ : p



terima kasih kerana sudi membaca