Sunday, February 26, 2012

.: sunyi :.

ting tong ! ( : selamat malam semua !  ( :

waahh ! jam menunjukkan jam 1 lebih, tapi masih belum mengantuk. mana tidaknya, baru sahaja menonton movie with my friends ! sooooo scarryyy ! / :

tetiba rasa kerinduan kat family and my mr smurf ! ) : bila di sini, ku berasa sunyi tanpa dengar suara ibu bapaku. masing-masing sibuk dengan kerja masing-masing. ak pula, bila di sini, kurang pulak masa lapang. mesti banyak keje yang harus di buat. ) :


mahu menjerit memanggil nama ibu bapa dan cayamku dan menyatakan ak rindu padamu wahai sayangsku semua ! mahu balik ujung minggu ni, tapi. halangan selalu mengatasi keinginan membuatkan terpaksa menunda dan membatalkan semua hasrat ku itu. rindu juga suasana di kampung walaupun ak keseorangan di rumah pabila di kampung. membolehkan diriku berada dalam keadaan tenang dan bahagia.

tata semua ! ( :

terima kasih kerana sudi membaca

Sunday, February 19, 2012

.: senior +++ :.

hai ! selamat petang ! 
esok dah stat sem baharu. malam ni dah mula gerak ke Perak. malasnya mahu ke sana !- menangis - tapi, apakan daya,ak terpaksa juga ke sana demi masa depan dan harapan mak ayah ak. 
sem depan, ak dah sem 6 dah. sem 7 mulai praktikal. memohon dan berharap agar dapat praktikal di sekolah lama ak. teringin sangat mengajar di situ lagi. InsyaAllah, Amin. kawan-kawan dah sampai, ak pulak masih menghabiskan sisa-sisa cuti ku di kampung, urrgghhh ! x sukanya ke sana !  
bila kat sana, mesti susah nak cuti dan balik. tu yang tak suka sangat-sangat. mesti tensen yang amat belajar yang semakin lama semakin susah dan membinggungkan. memang bukan senang dan mudah untuk menjadi seorang guru pada masa kelak. 
berharapkan dan terus berdoa agar sem 6 terus memberi kejayaan yang baik untuk diri ini dan juga kawan-kawan, InsyaAllah, Amin. walaupun berat untu meninggalkan bumi Terengganu tercinta, tapi perlu ak kuatkan semangat dan azam agar ak boleh berjaya dan terus belajar dengan baik di sana. InsyaAllah, Amin.

: usaha tangga kejayaan :
#semogakejayaanakanterusmenjadimilikkulagi,amin#

terima kasih kerana sudi membaca

Thursday, February 16, 2012

.: yeppiiieee ! :.

iiii ! selamat petang semua ( :

bersua lagi kita kan ? hehe . sebenarnya ak ingin kongsi sedikit kegembiraan hari ini bersama kawan-kawan ! sweet mooments taw ! ( : hari ini kami berenam yang mana terdiri daripada ak sendiri, ct, sha, muni, ab n ayu keluar bersama berpiknik dan bermain bowling.

tetapi, sayangnya kami x dapat main bersama semuanya disebabkan oleh sha, ct dan muni mempunyai halangan yang tidak dapat dielakkan. hanya ak, ab n ayu sahaja main bowling hari dan kali ini. : (. mulanya kami bercadang untuk bermain sebelum berpiknik, namun, disebabkan tempat tersebut dibooking oleh beberapa buah sekolah, kami terpaksa berpiknik terlebih dahulu.

+ kami berlima, muni yang ambik gambar time ni, hehe +
alhamdulillah, dengan suasana yang nyaman dan menarik disusuli dengan makanan yang dibawa oleh kami memang sedap, menambahkan lagi keseronokan kami dalm dalam berpiknik itu. sebelum makan, sempat kami menangkap gambar bersama untuk dijadikan kenangan bersama. - happy sesangat - makanan tersebut yang terdiri daripada nasi goreng ayam, ayam goreng, hotdog, puding, salad, timun dan air teh yang sangat sedap benar-benar menaikkan selera  ak dan kawan-kawan pada waktu itu.

+ ayu n ak baru nak makan +
sedang enak menjamu selera bersama, tetiba datang seorang akak yang memakai baju hitam yang tertera logo hotfm zoomers memeranjatkan kami dan lantas menyuruh kami ke arah sebuah kereta Myv hitam yang tidak berapa jauh dari situ untuk menjawab beberapa soalan dan mendapat hadiah yang cukup istimewa. alhamdulliah semua daripada kami menjawabnya dan mendapat hadiah. sukanya taw ! ( : paling best hadiah yang ditawarkan adalah sekotak 1 drop perfume, cd Melly dan sabun organic ! hebatkan  ? ( :

+ hadiah ku dapat daripada hotfm zoomers ( : +
alangkah sayangnya, ak hanya mendapat sabun organic itu sahaja, tetapi apa-apa pun, alhamdulillah sangat-sangat. 1 drop perfume dimenangi oleh ct dan cd Melly menjadi milik ayu. waaah ! suka !!! ( : selepas semuanya selesai, ak, ab n ayu pergi main bowling dan ak menjuarai untuk kedua-dua set tersebut ! waaah ! gUmbiiirraaaaanya ! ( : bowling adalah salah satu hobi ak ketika masa lapang. lebih suka menghabiskan masa bersama kawan-kawan di tempat boowling berbanding bershopping. dengan harga yang sangat murah bagiku, menambahkan lagi minat dan peluang untuk ak selalu ke sana. 

+ yesszaa ! ak juara ! ( : +

# p/s : lain kali kita berpiknik lagi ye, kawan-kawan ! #

lots of love : ainangokngeks 

terima kasih kerana sudi membaca

Sunday, February 12, 2012

.: selamat pagi cikgu ! :.

salam sayang buat semua ! ( :  
alhamdulillah ! alhamdulillah ! alhamdulillah ! ( : akhirnya berjaya juga ak dan partner ak menjadi seorang guru hari ini ! (: walaupun ianya seketika, namun, ia tetap bermakna dan memberi sejuta kenangan kepada kami. 
terima kasih banyak-banyak untuk cikgu saya, Cikgu Pazri sebab memberi peluang dan kepercayaan untuk kami berdua melakukan ' microteaching ' di sekolah lama ku sendiri. bersyukur sangat-sangat kerna semua itu membolehkan kami memperbaikinya untuk masa akan datang. (: -gembira sangat-sangat- 
mengajar subjek pengajian am untuk tingkatan 6 bukan satu perkara yang mudah dan memerlukan pelbagai pebgetahuan am dan persediaan dari segi mental dan fizikal yang kukuh. alhamdulillah kerna segalanya berjalan dengan lancar. (: dengan kerjasama pelajar yang hanya seramai 18 orang membolehkan pengajaran pada hari ini bertambah menarik. 
sebagai kenangan untuk kami berdua, beberapa gambar bersama mereka kami ambil selepas selesai pengajaran sekaligus merakamkan video yang baik sepanjang perjalanan pengajaran yang merupakan satu titik permulaan yang baik dan bagus untuk kami. InsyaAllah akan kami lakukan yang terbaik untuk masa akan datang sekaligus menjadi seorang guru yang penuh berdedikasi dan bertanggungjawab. Amin.
: Cikgu Pazri dan Cikgu Ramly meninjau bilik muzik sebelum kami memulakan pengajaran :
: Sebelum mengajar, Cikgu Ct testing suara dahulu, hehe :
: Cikgu Aina pula menguji kelantangan suaranya, huhu :
: Selepas pengajaran Cikgu Ct bergambar dengan pelajar-pelajar :
: Sempat juga bergambar dengan mereka sebagai kenangan :
: Budak-budak yang sporting ! ( : :
: Mereka yang tterbaik ! :

 #kenangan bersama  mereka sangat menarik !#

     
terima kasih kerana sudi membaca

Thursday, February 9, 2012

.: kamu + mereka :.

selamat malam semua ! ( :  
tidak ada apa yang ingin diceritakan, hanya meluahkan perasaan untuk kamu dan mereka sahaja. rindu yang amat dengan kamu semua. seolah-olah bertahun tidak ketemu, sedangkan hanya tidak sampai sebulan ketemu kamu semua. ( : 
dats mean, i need you all in my life everyday ! (: you all so meaning for me and my life not only today, but everyday and forever ! ( : *hugs tightly*



# semoga perhubungan dan persahabatan kita dirahmatiNya selalu #
terima kasih kerana sudi membaca