Monday, August 29, 2011

.: salam lebaran buat semua :.

waahh ! selamat petang semua kawan-kawan yang ku sayangi sekalian.
macam x percaya esok dah raya, kan ?! happynya ! ^_^
tapi sedih jugak kerna ramadhan hampir meninggalkan kita kan ? belum tentu tahun depan kita masih lagi dapat menjalani ibadah wajib ni, kan ? hurrmm.
apa-apa pun, berdoa kepada yang Esa adalah satu-satunya langkah yang perlu kita lakukan untuk memanjangkan umur dan memberi kesejahteraan kepada kita. InsyaAllah, Amin.
rasanya tidak terlalu awal untuk ak mengucapkan selamat hari raya aidilfitri buat semua dan maaf zahir dan batin.
semoga mendapat keberkatan dari Ilahi pada lebaran kali ini. InsyaAllah, Amin.
sesungguhnya dalam menyiapkan persiapan raya ini, perlulah bersederhana dan tidak membazir, ye kan ?? 
^_^.
 ikhlas dari aina dan suami keluarga, hehe.




terima kasih kerana sudi membaca

Tuesday, August 16, 2011

.: InsyaALLAH :.

i love ALLAH than others

i want to be a good DAUGHTER

i want to be a good WIFE
INSYAALLAH.........

terima kasih kerana sudi membaca

Monday, August 15, 2011

.: kepadaMu :.


Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Ku pasrahkan semua pada-Mu

Tuhan baru ku sedar
Indah nikmat sihat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cintaMu
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir di kidung doaku
Sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Ilahi 
muhasabah cintaku

Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

: YA ALLAH, KEPADA ENGKAU AKU BERSERAH SEGALANYA :

 

terima kasih kerana sudi membaca

Sunday, August 14, 2011

.: satu lagi sudah tercapai :.

assalamualaikum wbt.

salam ramadhan buat semua umat Islam.

hari ini rasa macam happy sikit lar, sebabnya hajat ak sudah tercapai ! ^^,
walaupun sudah tercapai, namun, banyak lagi yang ak kena usaha untuk mencapai hajat dan impian ak yang lain.

hari ini, mak ayah ak belikan jam tangan untuk ak ! wee ~
jam tangan ALBA ! cantik. diaorang suka dengan design dia.
harganya juga boleh tahan. tak silap ak, dalam 280 something ! huh ! -_-''

jam tangan GA BLUE yang sebelum ni, rosak kerna pekerja kedai tersalah betulkan. T_T
tapi itu tidak mengapa, kerna semuanya sudah berlalu, mungkin ada hikmah di sebalik semua itu, kan ?

harapan untuk memiliki seutas jam tangan terlaksana tadi. <happy sangat>
mungkin hari ini hikmah di sebalik kejadian itu, wallahualam. ;-)

apa-apa pun, bersyukur sangat ! harap jam ini tahan lama lah dengan tuannyer, hehe
untuk dijadikan kenangan, ak ada take a picture jam ni. 


tadaaaaa ! cantik x ? cantik kan ? ;-))

:: MOOD >ALHAMDULILLAH< ::

terima kasih kerana sudi membaca

Friday, August 12, 2011

.: kenapa semua ini harus berlaku ? :.

assalamualaikum wbt

hai readers sekalian ! ^^,
berasa terkilan sangat baca berita yang menyedihkan ini.
sejauhmanakah kesahihan berita ini ?
kalau ianya benar, apakah nasib ak dan kawan-kawan pada masa akan datang ?
sia-siakah peluang kami selama ni ?
yaAllah, ak berdoa semoga semuanya hanya khabar angin dan kami akan mendapatkan hak kami satu hari nanti, InsyaALLAH.

10/08/2011

Malang nasib graduan UPSI


Saya adalah bekas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim. Perak. Pada 26 hingga 30 Julai 2011, UPSI telah mengadakan Istiadat Konvokesyen ke-13 dan saya adalah salah seorang pelajar yang menerima ijazah pada hari itu.

Malangnya, kegembiraan saya dan kebanyakan rakan lain pada hari itu tidak seberapa kerana UPSI tidak telus dengan kami, ibu bapa kami dan juga masyarakat luar. Sepanjang istiadat berlangsung, kesemua ucapan yang diberikan oleh pihak pengurusan UPSI membayangkan seolah-olah kesemua kami akan keluar dan menjadi guru seperti kebiasaannya.

Hakikatnya, hanya pelajar-pelajar di bawah tajaan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sahaja yang akan ditawarkan jawatan guru. Kami yang selebihnya dikategorikan sebagai graduan UPSI Pasaran Terbuka. Dengan lain perkataan, kami tidak akan ditawarkan secara terus menjadi guru tetapi perlu mencari pekerjaan lain di luar sana selain guru.

Rata-rata kami belajar dengan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasioanl (PTPTN) dan bukannya tajaan KPM. Setelah bertahun-tahun belajar dan ribuan wang dihabiskan untuk belajar di UPSI sebagai bakal guru, kami disuruh mencari pekerjaan lain.

Tambah buruk lagi UPSI sendiri ingin lepas tangan dan menyembunyikan hal ini daripada ibu bapa yang hadir pada istiadat konvokesyen yang lalu. Perbuatan sebegini, sungguh tidak bertanggungjawab. Ternyata UPSI seperti bermain wayang dan membuat kami serta masyarakat percaya bahawa setiap pelajar mereka adalah bakal guru.

Perasmian Muzium Pendidikan Nasional di dalam kampus UPSI baru-baru ini juga adalah helah UPSI untuk membuat masyarakat terus percaya bahawa UPSI masih merupakan tempat latihan bakal guru sedangkan sebenarnya pelajarnya disuruh mencari pekerjaan lain di pasaran terbuka.

Jika dilihat dari sudut utama pameran ketika pelancaran, ia tidak langsung berfokus kepada tokoh-tokoh guru dan pendidik nasional. Perasmian Muzium Pendidikan Nasional UPSI sekadar gimik supaya orang awam menyangka bahawa UPSI masih lagi melatih bakal guru.

Kenyataannya, UPSI gagal membuat sebarang perjanjian muktamad dengan Kementerian Pelajaran Malaysia bagi menjamin tempat kesemua graduannya sebagai bakal guru. Wajarkah kami yang belajar dengan sukatan pelajaran menjadi seorang bakal guru di UPSI disuruh mencari kerja lain sedangkan wang kami telah habis dibelanjakan untuk UPSI? Masanya sudah tiba untuk masyarakat perlu sedar bahawa UPSI tidak lagi seperti dahulu.

Setidak-tidaknya, kami mengharapkan ada sedikit rasa tanggung-jawab di pihak UPSI khususnya Naib Canselor UPSI, menjelaskan hal ini kepada ibu-bapa kami ketika berucap dalam istiadat konvokesyen yang lalu.

Kecewa rasanya bila beliau juga berucap seolah-olah kami sudah dijamin untuk mendapat jawatan guru. Tidakkah ibu-bapa kami perlu tahu akan hal ini setelah mereka juga membelanjakan banyak wang kepada UPSI? Kebanyakan mereka adalah orang kampung yang masih percaya bahawa bila anak mereka masuk UPSI, pasti akan jadi guru.


terima kasih kerana sudi membaca

.: siapa lagi mahu percaya ? :.

assalamualaikum readers..


tetiba rasa mahu menaip sikit malam ni sebabnya ak tidak tidak tidur lagi, huhu.
sekarang ni, macam-macam kan berlaku di keliling kita. pembunuhan, rogol, kemalangan, kecurian dan sebagainya banyak berleluasa kan ? rasa tidak selamat ada pabila keluar rumah sekarang ni, hmmm

the latest berita yang ku dengar adalah seorang ustaz meliwat seorang pelajar yang berusia 13 tahun. 
apa mahu jadi dengan dunia sekarang. ? ustaz yang mana di pandang tinggi kedudukan dia disamping yang lain tergamak melakukan perbuatan terkutuk itu. 

di sini ak ada masukkan artikel atau laporan yang menyatakan pelajar tersebut diliwat oleh ustaznya. diharapkan hukuman yang berat dilakukan terhadap " penjenayah " itu.

KUALA TERENGGANU - Seorang ustaz sebuah sekolah menengah di sini hari ini ditahan kerana dipercayai meliwat seorang pelajar berusia 13 tahun di sekolah itu.

Ustaz berkenaan yang mengajar subjek Pendidikan Islam ditahan di rumahnya di perumahan guru di Batu Rakit dekat sini kira-kira jam empat pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K Manoharan berkata penahanan suspek dilakukan ekoran laporan polis yang dibuat oleh mangsa, di Balai Polis Batu Rakit petang semalam yang mendakwa telah diliwat oleh ustaz terbabit.

"Guru berusia 42 tahun itu telah berkahwin, dipercayai telah melakukan perbuatan terkutuk itu sebanyak tiga kali bermula Mac hingga Jun lepas di kuarters perguruan sekolah berkenaan yang bersebelahan dengan asrama putera yang dihuni mangsa," katanya ketika ditemui di pejabatnya hari ini.

Menurut Manoharan polis masih menyiasat kes berkenaan dan tidak menolak kemungkinan ada pelajar lelaki lain turut menjadi mangsa guru tersebut.

Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk menjalani pemeriksaan lanjut.

Pendaftar Kanan Mahkamah Sesyen Rosila Nik membenarkan guru berkenaan direman selama empat hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan
:: siapa lagi yang harus kita percaya sekarang jika kes seperti ini semakin berleluasa ? ::

sumber : sinar harian
terima kasih kerana sudi membaca

Tuesday, August 9, 2011

.: thank you, awak ! :.

assalamualaikum..

salam ramadhan buat semua. 

malam ni tetiba tangan gatal sikit, sebab hendak mengupdate blog, hehe
ak saje mahu mengucapkan jutaan terima kasih buat yang tersayang kerana bagi ak coklat yang sedap sangat-sangat ! pagi tadi.

ak upload gambar kotaknya sahaja sebab, coklat dekat dalamnya sudah habis, huhu.
mekasih selama ni sayang dan cinta saya seadanya.

diharapkan hanya Allah sahaja mampu membalas semua perbuatan baik kamu itu, sayang.

kotak yang cantik, isi dia pun sedap sangat ! ^^,



SINCERELY : aina cinta dan sayang kamu
terima kasih kerana sudi membaca

Monday, August 8, 2011

.: I LOVE YOU :.

assalamualaikum..

selamat malam ! :)

lama sungguh ak tidak post something dalam blog ni, huhu. ku tidak berapa sihat sikit akhir-akhir ini. hukhuk.
malam ni saja je entri ak untuk ucapkan I LOVE YOU to :-

:: MY DAD ::
:: MY MUM ::
:: MY LUF ::
:: MY BFFs ::
:: MY FROG ! ::

ahaks~..babai..sweet dreams for you all ! ^________^
terima kasih kerana sudi membaca

Friday, August 5, 2011

.: Nothing :.

assalamualaikum wbt..

saje-saje luah perasaan. hekhek !


terima kasih kerana sudi membaca

Thursday, August 4, 2011

.: Datun Julud Crews :.

 
+ Datun Julud Upsi +

+ Sebelum presentation +

+ Selepas presentation +
tetiba pula rindu sangat saat-saat ini. inilah kami masa sem 1. kami telah buat sedaya upaya kami dan kami telah pun berjaya ! alhamdulillah ya Allah. ^_^

DATUN JULUD CREWS : Kuyie, Matle, Shaz, Anis, Bella, Ct, Ieda, Ramlah n ME !





terima kasih kerana sudi membaca

Monday, August 1, 2011

.: Beginikah ? :.

assalamualaikum..

masih tidak terlewat lagi untuk ak mengucapkan selamat menjalani ibadah untuk semua, kan ? semoga ramadhan kali ini lebih bermakna untuk kita semua, InsyaAllah, Amin. 

tetiba petang ni rasa mahu menulis dalam entri ini. Tapi sebelum ak meluahkan semuanya, bolehkah ak menanya satu soalan. ? cewwaahh ! macam seorang guru je kan ? :). ermm, setiap kali kita ditimpa masalah atau perasaan berkecamuk dan tidak tenang, pernah kan terlintas di hati dan bibir kita bahawa dunia ini seolah-olah tidak adil, dan kita berasa diri ini sungguh dianayaikan ? kenapa semua itu kita fikir apabila masalah menyelubungi kita ?

namun, ak rasa, semua ini sudah menjadi takdir untuk seseorang. semua yang berlaku mungkin ada hikmah di sebaliknya dan mungkin juga Allah mahu menguji keimanan dan kesabaran seseorang, lalu bermacam-macam dugaan dan ujian diturunkan, kan ? namun, setiap masalah ak hadapi untuk masa ini dan akan datang, InsyaAllah ak akan hadapi dengan redhanya dan berharap semua ujian itu akan meningkatkan keimanan ak kepadaNya. 
 
panjang pulak, entri ak pada petang ini kan ? huhu. sebenarnya ak ngn mak baharu sahaja sudah siap masak untuk juadah berbuka petang ini, hehe. kami berempat sahaja yang makan di rumah  ini. yang lainnya semua tidak balik. :"(. tapi tidak mengapa, diharapkan abang dan dua adik laki-laki ak mendapat keberkatan dari Ilahi sepanjang ramadhan ini, InsyaAllah, amin.
hmm..harapanku, keetidakadilan dan ketidaksamarataan yang berlaku dalam hidup ak sekarang ini semakin berkurang sekaligus akan membuatkan ak berasa lebih baik lagi untuk kehidupan esok hari, InsyaAllah. 
ak menganggap semua ini adalah dugaan hari pertama ak berpuasa dan ujian yang Maha Pencipta untuk hambanya yang tabah !. ak kuat dan semua ini sudah ditetapkan ! itu yang selalu kata hati ak katakan apabila ak jatuh rebah tersungkur dalam kehidupan ini. ak juga percaya bahawa Allah akan membalas segalanya dengan balasan yang setimpal pada suatu hari nanti, Insya Allah. 

oklar, rasanya mahu berhenti setakat ini pula, ak mahu siapkan apa-apa yang patut disiapkan untuk berbuka nanti.

selamat ebrbuka berbuka puasa untuk semua. ! 


*p/s : kepada bff ak yang sedang mengalami " musibah " semoga berada dalam keadaan baik-baik sahaja dan semoga cepat baik dan sama-sama menjalani ibadah terawih bersama, InsyaAllah.


terima kasih kerana sudi membaca