Friday, June 24, 2011

.: Rindu ! :.

Assalamualaikum..

Hai. Apa khabar semua ? :). Seperti sudah sekian lama ak x update blog ak ini, tetapi sebenarnya baru beberapa hari ak x update blog, huhu. Malam ni, ak hendak luahkan serba sedikit perasaan ak saat ni. Ak sedang mengalami masalah yang semua orang mengalaminya jika berada di tempat ak, hehe. Ak sedang merindui seseorang. MY LUV ! Akhir-akhir ini, kami sering ketemu. Seronok dan bahagia sangat ak rasakan. Macam dalam mimpi je, hehe. Ak dilayan seperti seorang puteri dan adakala seperti budak kecil ketika ak bersamanya. So sweet ! I like this moments so much and never forget forever ! 
Bagiku dia cukup istimewa. Dia seorang yang baik. Ak selalu berharap dia akan menjadi milik ak pada suatu hari nanti. InsyaAllah. Amin. Kami mempunyai cita-cita dan impian yang tinggi untuk masa akan datang. Ak akan selalu berdoa dan berdoa semoga Tuhan memanjangkan umur kami dan menjodohkan kami suatu hari nanti, InsyaAllah, Amin. :). Di saat ak merindui dirinya, akan ak kenang segala kenangan kami bersama sepanjang setahun lebih kami bersama. Kadang-kala jika mengingat saat-saat itu, semua keresahan dan kesedihan yang ku alami dapat dipulihkan. Alhamdulillah. Ak berasa seolah-olah ak lah seorang gadis yang benar-benar bahagia di dunia ini pada saat ini. ^_*. 
Bukan itu sahaja, malahan ak berasa seolah-olah ak jatuh cinta pada setiap masa dengannya. Walaupun dia sibuk bekerja, namun, dia tidak pernah tidak menghubungi ak walaupun satu hari. Terasa ini sungguh dicintai dan disayangi oleh seseorang yang tulus dalam hubungan kami. Satu pintaku agar kami akan selalu gembira dan mengecapi kebahagiaan bersama buat selama-lamanya di samping orang tua kami merestui hubungan kami berdua, InsyaAllah. Amin.

" Ya Allah, ak bermohon kepadaMu, jika dia benar-benar jodohku, panjangkanlah hubungan kami dan peliharakanlah kami dari melakukan perkara-perkara yang dilarangMu serta dekatkan diri kami ke jalan yang diredhaiMu "  
Amin ya rabbalalamin. :)

 I U

terima kasih kerana sudi membaca

Tuesday, June 21, 2011

.: Ya Allah, Tenangkan Hati Ini :.

Assalamualaikum..

Hai. Apa khabar semua ? Semuanya diharapkan sihat Alhamdulillah. Alhamdulillah, ak masih lagi diberi peluang untuk meluahkan perasaan yang ak alami sekarang ini. Terima kasih ya Allah. Setiap masalah atau ujian yang melanda mungkin di sebalik itu ada hikmahNya. Begitulah yang sering ak ucapkan kepada diriku dan kepada kawan-kawanku yang lain jika ak dan kawan-kawan yang lain diuji. Ak percaya, Allah tidak akan menurunkan ujian yang tidak mungkin dihadapi oleh hambaNya. Sekarang, ak sedang mengalami situasi tersebut. Bagaimana ak mahu menghilangkan perasaan yang teramat sedih ak ini dan cuba menyelesaikan beberapa masalah yang lain ? Bilakah persoalan yang ak selalu fikir sejak kebelakangan ini akan dapat ak temui jawapannya ? :(. Ya Allah, ak bermohon padaMu, tunjukkan jalan yang perlu ak lalui untuk menempuah hari-hari yang mendatang. Kepada Engkau sahajalah ak bermohon dan kepada Engkau sahajalah ak berserah segala-galanya. Itulah yang sering ak ungkanpkan setiap kali diri ini ditimpa masalah. Sekarang, ak benar-benar sedih kerna peluang yang ak impikan mungkin tidak akan menjadi milik ku lagi. Bila akan muncul peluang itu lagi ? :( Inilah persoalan yang sering bermain difikiran ak. Apakah tindakan yang perlu ak buat untuk menghilangkan perasaan kecewa ini dan sedih ini ? Ya Allah, bantulah ak.. :(. Ak percaya, Allah mendengar segala doa ak dan apabila tiba masanya, ak pasti dan yakin Allah pasti tolong ak. :(



mood : teramat kecewa + sedih = :-(((
terima kasih kerana sudi membaca

Sunday, June 19, 2011

.: Selamat Hari Bapa :.

Assalamualaikum..

Hai. Apa khabar semua ? :). Hari ini ak ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan " SELAMAT HARI BAPA " untuk semua lelaki di dunia ini yang bergelar sebagai bapa. Apa-apa pun panggilan untuk seorang bapa iaitu ayah, abah, walid, daddy, ayahanda dan sebagainya Selamat Hari Bapa ak ucapkan. Teristimewa buat ayahku, MOHAMAD ROFEI BIN NORDIN.

Kasih sayang dan pengorbanan ayah tiada bandingannya. Hanya Allah S.W.T sahaja yang mampu membalasnya. Tanpa ayah, ak tidak mungkin ada di dunia ini. :). 


Khas untuk ayah ! :)

Pergi ke kebun mengait kelapa
Kelapa muda manis airnya
Dua puluh Jun Hari Bapa
Mari sama-sama meraikannya

Kelapa muda manis airnya
Isinya lembut sedap dimakan
Mari sama-sama meraikannya
Hari Bapa sedang diraikan

Isinya lembut sedap dimakan
Yang tua mengeluarkan santan
Hari Bapa sedang diraikan
Jasanya tetap dalam ingatan

Yang tua mengeluarkan santan
Boleh masak gulai lemak
Jasanya tetap dalam ingatan
Bersama membantu ialah Emak

Boleh masak gulai lemak
Ikan laut atau darat
Bersama membantu ialah Emak
Membesarkan anak penuh kudrat

Ikan laut atau darat
Menjadi sumber makanan manusia
Membesarkan anak penuh kudrat
Supaya hidup tidak sia-sia.

P/S : Kasih Ibu Membawa Ke Syurga, Kasih Bapa Berkorban Nyawa ! :) Semoga Dipanjangkan Umur dan Dimurahkan Rezeki. :)






terima kasih kerana sudi membaca

Saturday, June 18, 2011

.: 20 Amalan Murah Rezeki :.

Assalamualaikum..
Hari ini ak ingin berkongsi sedikit info/maklumat yang telah ak baca dari sebuah laman web. Maklumat ini bagiku sangat bagus dan berguna untuk semua orang termasuk diriku sendiri. :) Selamat membaca. 

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah S.W.T. melimpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah S.W.T. memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat.
Di antaranya:
Menyempatkan diri beribadah
Allah S.W.T. tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:
"Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu." – [Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.]

Memperbanyakkan istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah S.W.T., yang menjadi sebab Allah S.W.T. jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi S.A.W.:
"Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah S.W.T. akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka." [Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a]

Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah S.W.T.jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi S.A.W.:
"... dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya."[Riwayat at-Tirmizi]

Sentiasa ingat Allah S.W.T.
Banyak ingat Allah S.W.T. buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah S.W.T.beri kepada orang beriman. Firman-Nya:
"(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah S.W.T.. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah S.W.T.hati menjadi tenteram." [Ar-Ra'd: 28]

Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah S.A.W. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda S.A.W. juga bersabda:
"Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah S.W.T.akan memanjangkan umurnya." [Riwayat Abu Ya'ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim]
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi S.A.W.:
"Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah S.W.T.) daripadanya."[Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami]


terima kasih kerana sudi membaca

Tuesday, June 14, 2011

.: Adakah Dia Jodoh Saya ? :.

Assalamualaikum semua..

Apa khabar kamu semua ? Diharapkan sihat alhamdulillah. Ak ingin berkongsi maklumat yang ak dapat melalui satu laman web yang sangat bagus. :-). http://www.iluvislam.com/

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?
Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :
1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.
     ⓢ ⓣ "Ⓤ" ?


terima kasih kerana sudi membaca

Sunday, June 12, 2011

.: Kejayaan Milik Kita :.

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, syukur kepada yang Maha Esa kerna kejayaan piala Fa 2011 milik kami semua ( warga Terengganu ).


+ Piala Fa 2011 +

KUALA LUMPUR– Pemain gantian, Ahmad Nordin Alias muncul wira Terengganu apabila gol kemenangannya pada minit ke-109 masa tambahan membawa skuad Putih Hitam itu menjulang Piala FA 2011 dengan menewaskan Kelantan 2-1 pada perlawanan akhir yang dramatik, semalam.
Dia yang masuk menggantikan Ismail Faruqi Ashari, merembat masuk menewaskan penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat selepas mendapat umpanan tandukan Joseph Kallang Tie daripada satu sepakan sudut sebelah kiri.

Terdahulu perlawanan itu terikat 1-1 selepas 90 minit permainan masa sebenar dengan Kelantan membuka tirai gol menerusi Nurul Azwan Roya pada minit ke-79 sebelum diikat skuad bimbingan Irfan Bakti Abu Salim dengan jaringan sendiri Daudsu Jamaludin.

Nurul Azwan menewaskan penjaga gol Terengganu, Sharbinee Allawee Ramli menerusi sepakan lambung selepas melakukan larian kencang dan menyambung lorongan bola daripada Shakir Shaari pada minit ke-79.
Ketika perlawanan berlanjutan ke masa kecederaan lima minit dan mencecah penghujungnya dan seolah-olah Kelantan akan merangkul trofi itu kali pertama, anak buah Datuk M. Karathu dikejutkan dengan gerakan Abdul Manaf dari sebelah kanan.

Penyerang Terengganu itu mengutip lorongan bola daripada Ashari Samsudin dari sebelah kanan sebelum menolak menewaskan Khairul Fahmi yang kemudiannya tertanduk ke gawang Kelantan oleh pemainnya, Daudsu. Kejayaan menjulang trofi pertandingan kalah mati kebangsaan itu sekali gus mengulangi kejayaan Sang Penyu melakukannya buat kali terakhir pada 2000 dengan menewaskan Pulau Pinang menerusi penentuan penalti 4-3.

Menariknya ialah Piala FA kali ini dimenangi jurulatih Terengganu, Irfan Bakti yang secara kebetulan berasal dari Kelantan dan melatih Pulau Pinang yang ditewaskan lawan dalam perlawanan akhir, 11 tahun lalu.
Sebaliknya kekalahan tipis ini langsung meranapkan impian Kelantan untuk menambah koleksi gelaran kedua Liga Malaysia musim ini selepas menjulang Piala Sultan Ahmad Shah dengan menewaskan Selangor 2-0 pada awal tahun.

Kelantan turut terus kempunan Piala FA selepas dihampakan Selangor menerusi penentuan penalti 4-1 juga di Bukit Jalil, dua tahun lalu selepas mereka terikat 1-1. Perlawanan akhir edisi ke-22 ini turut disaksikan oleh tetamu kenamaan seperti Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin; Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V; Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said; Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Tan Sri Annuar Musa.

Sementara itu, jurulatih Terengganu Irfan Bakti memuji pemain yang bangkit untuk menenangi perlawanan.
“Pemain berjuang sehingga ke minit akhir (masa sebenar) untuk mencari gol penyamaan dan mengheret permainan ke masa tambahan, seterusnya memenangi perlawanan,” katanya.
Jurulatih Kelantan, Karathu pula mengakui jaringan penyamaan pada minit akhir masa kecederaan, melemahkan semangat pemain.
“Apabila permainan berlanjutan ke masa tambahan, adalah sukar untuk pemain mengekalkan semangat seperti masa pada masa sebenar,” katanya.

WE 
.:. " Ni aku nok kabo ke mung, aku bangga jadi orang Trangganu "

terima kasih kerana sudi membaca

Friday, June 10, 2011

.: Buatmu, ♥ :.


Hatiku hatimu
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu menyempurnakan aku
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir
Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

terima kasih kerana sudi membaca

Thursday, June 9, 2011

.: Di Saat Ia Mengalir :.

Assalamualaikum.. 
Hari ini ak mendapat satu berita yang amat menyedihkan bagiku. Berita apa ? Hmm ianya soal peribadi ak. Tapi sejauhmana kesahihan berita itu masih belum ku temui jawapannya. Ak sedang mencari dan mencari serta berharap ak akan mendapat jawapan yang membanggakan dan mengembirakan ak. :-((. Agak sekian lama diri ini tidak mengalirkan air mata disebabkan soal hati. Hari ini ia telah berlaku dan ak berasa sangat sedih sehingga ak hilang selera makan pada hari ini. Adakah ini satu dugaan daripada Ilahi ? Jika ianya benar cubaan yang harus tempuhi, ak mesti yakin bahawa ak perlu kuat dan percaya bahawa akan dapat menghadapinya dengan baik dan tenang. Hanya kepadaMu ak hanya mampu berdoa dan menceri ketenangan diri serta jalan penyelesaiannya. 
" Ya Allah, tunjukkan kepadaku jalan untuk ak mengubat hati ini. Ak benar-benar memerlukan pertolonganMu ya rabbi ya alamin. :-( ". 
Diri ini sungguh lemah,

Mudah benar rasa sebak dan pilu,
Sering terperangkap dalam bicara,
Dan memaksa hati untuk bersimpati,
Sengaja dibiarkan keperitan membuak,
Tapi hati menangis siapa tahu? 
Kenapa mengharap pada makhluk?
Lupakah pada Allah yang Maha Mengetahui,
Apa yang bisa kau sorokkan dariNYA?
Tiada walau secebis zarah pun.
Dia sentiasa mendengar rintihan hatimu,
Tangisanmu tidak pernah di biarkan. 
Aku bagaikan si anak kecil,
Menangis minta belaian si ibu,
Kini juga ku harapkan satu belaian,
Siapa yang sudi memberi kasih?
Mungkin ku sering terlupa kasihNYA,
Dia menyayangiku lebih dari kasih ibu. 
Wahai hati, usahlah bersedih,
Jangan kau sangka kau sendirian,
Teruslah tabah wahai hati,
Sebesar mana pun kau menderita,
Masih ada yang peduli,
Allah tetap peduli dan mendengar rintihan..
 " Ya Allah, Ya Tuhanku, engkau berikanlah daku kekuatan dalam menempuhi hidup ini dan permudahkan segala urusan ak. " 
Amin ya rabbalalamin.

mood : patah hati :-(((



terima kasih kerana sudi membaca

Wednesday, June 8, 2011

.: Jangan Putus Asa Dengan Berdoa :.

Assalamualaikum.. 

Alangkah ramai manusia yang bermohon kepada  Tuhan supaya dimakbulkan segala yang diinginkan, namun tidak jua dimakbulkan. Kemudian manusia mengeluh dan bersangka buruk kepada Tuhan, lantas putus asa mencari keredhaan-Nya. Itulah hakikat manusia saban hari. 

"berdoalah kepadaKu, dan berimanlah agar kamu memperoleh kebenaran." (surah Al-Baqarah:186)

Kita tidak berdoa pun Allah sudah sedia mengetahui segala isi hati manusia. 

"dan Allah mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu lahirkan." (surah An-Nahl:19)

Jadi, mengapa masih perlu berdoa? 

Berdoa sebagai tanda pengabdian diri kita sebagai hamba yang hina lagi dhaif kepada Allah, tidak ada tempat bergantung selainNya. 

"cukuplah DIA sebagai tempat manusia bergantung harap dan tawakal." (surah At-Taubah:129) 

Tapi, mengapa masih tak termakbul juga doa? 

Pandanglah diri sendiri, adakah kita lebih mencintai Allah daripada kesenangan duniawi? Cepat atau lambat dimakbulkan itu urusan Ilahi, kerana Dia Maha Mengetahui perkara yang terbaik bagi setiap makhluk ciptaan-Nya. 

" dan apabila manusia ditimpa bahaya, Dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, Dia (kembali) melalui (jalannya yang sesat), seolah-olah Dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan." (surah Yunus:12) 

Sekiranya kita tidak dapat perkara yang  dihajati, bersyukurlah dengan kondisi diri dinihari. Semakin dekat kita kepada Allah, semakin hebat dugaan. Itu membuktikan Allah sangat kasih kepada sekalian hamba-Nya, agar kita benar-benar ikhlas dalam mencari keredhaan-Nya serta tidak termasuk di dalam golongan yang lalai dan terbiar diabaikan.
Manusia yang diuji sedemikian rupa akan merasa manisnya iman, seolah-olah syurga sudah tersedia di hadapan mata, tapi ingatlah firman Allah dalam (surah Al-Baqarah:214) yang bermaksud: 

"Ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (dugaan) seperti (yang dialami) orang-orang yang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan digoncang (dengan berbagai cubaan), sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya berkata, "Bilakah datangnya pertolongan Allah?". Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat." 

Sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, benarlah doa itu senjata orang-orang mukmin. Yakinlah dengan sepenuh hati. Dunia bukan syurga yang dicari, nikmat kesenangan dunia hanya setitis air di lautan sahaja.

 P/s : Berdoalah kamu selalu tidak kira kamu dalam kesenangan atau kesusahan, InsyaAllah Allah S.W.T akan mendengar doamu dan memakbulkannya. Amin . :))
terima kasih kerana sudi membaca

Tuesday, June 7, 2011

.: ♥ Nasihat Dalam Persahabatan ♥ :.

Assalamualaikum.. 
PERSAHABATAN tulen memang sukar dicari. Hanya mereka yang benar-benar bersahabat dengan hati tulus dan ikhlas dapat mencari erti persahabatan tulen.
Dalam hal ini, Iman Syafie ada memberikan nasihat dalam soal persahabatan: 
Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku.
Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas aku mati.
Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tidak luntur baik dalam keadaan suka atau duka. 
Jika itu aku dapatkan. Aku berjanji akan selalu setia padanya.
Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan berasa senang. 
Semakin ramai aku peroleh sahabat. Aku semakin percaya diri. 
Mencari sahabat pada waktu susah.
Belum pernah kutemukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka. 
Pada hal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka.
Jika suka melanda. Aku sering bertanya: “Siapakah yang sudi menjadi sahabatku?” 
Pada waktu aku senang, sudah biasa ramai yang akan iri hati,                                             namun bila giliran aku susah mereka pun bertepuk tangan.
Pasang surut persahabatan.
Aku dapat bergaul secara bebas dengan orang lain ketika nasibku sedang baik.
Namun, ketika musibah menimpaku, kudapatkan mereka tidak ubahnya roda zaman yang tidak mahu bersahabat dengan keadaan.
Jika aku menjauhkan diri daripada mereka, mereka mencemuh dan jika aku sakit, tidak seorang pun yang menjengukku.
Jika hidupku berlumur kebahagiaan, banyak orang iri hati, jika hidupku berselimut derita mereka bersorak sorai.
Mengasingkan diri lebih baik daripada bergaul dengan orang jahat.
Apabila tidak ke temu sahabat yang takwa, 
lebih baik aku hidup menyendiri daripada aku harus bergaul dengan orang jahat. 
Sukarnya mencari sahabat sejati.
Tenanglah engkau dalam menghadapi perjalanan zaman ini. Bersikap seperti seorang paderi dalam menghadapi manusia.
Cucilah kedua-dua tanganmu dari zaman itu dan daripada manusianya. Peliharalah cintamu terhadap mereka. 
Maka, kelak kamu akan memperoleh kebaikannya.
Sepanjang usiaku yang semakin tua, belum pernah aku temukan di dunia ini sahabat yang sejati.
Kutinggalkan orang bodoh kerana banyak kejelekannya dan kujanji orang mulia kerana kebaikannya sedikit. 
Sahabat sejati pada waktu susah.
Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan.
Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah.
Sepanjang hidup aku berjuang bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati hingga pencarianku melenakanku. 
Kukunjungi seribu negara, namun tidak satu negara pun yang penduduknya berhati manusia. 
Rosaknya keperibadian seseorang.
Dalam diri manusia itu ada dua macam potensi penipuan dan rayuan.
Dua hal itu seperti duri jika dipegang dan ibarat bunga jika dipandang. 
Apabila engkau memerlukan pertolongan mereka, bersikaplah bagai api yang dapat membakar duri itu. 
Menghormati orang lain.
Barang siapa menghormati orang lain, tentulah dia akan dihormati. 
Begitu juga barang siapa menghina orang lain, tentulah dia akan dihinakan.
Barang siapa berbuat baik kepada orang lain, baginya satu pahala. 
Begitu juga barang siapa berbuat jahat kepada orang lain, baginya seksa yang dahsyat. 
Menghadapi musuh.
Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki, 
hatiku lega, jiwaku bebas daripada bara permusuhan.
Ketika musuhku berada di hadapanku. Aku sentiasa menghormatinya.
Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan.
Aku nampakkan keramahan, kesopanan dan rasa persahabatanku kepada orang yang kubenci, 
seperti aku nampakkan hal itu kepada orang yang kucintai. 
Tipu daya manusia.
Mudah-mudahan anjing itu dapat bersahabat denganku kerana bagiku dunia ini sudah hampa daripada manusia.
Sehina-hinanya anjing, ia masih dapat menunjukkan jalan untuk tuannya yang tersesat, 
tidak seperti manusia jahat yang selamanya tidak akan memberi petunjuk.
Selamatkanlah dirimu, jaga lidahmu baik-baik, 
tentu kamu akan bahagia walaupun kamu terpaksa hidup sendiri. 
Tempat menggantungkan harapan.
Apabila engkau menginginkan kemuliaan orang yang mulia, maka dekatilah orang yang sedang membangun rumah untuk Allah.
Hanya orang yang berjiwa mulia yang dapat menjaga nama baik dirinya dan selalu menghormati tamunya, baik ketika hidup mahu pun setelah mati. 
Menjaga nama baik.
Jika seseorang tidak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, 
maka tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya.
Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirahat.
Dalam hati masih ada kesabaran buat kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras.
Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadang kala dibalas dengan sikap tidak sopan.
Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, maka tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.
Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai.
Dia akan memungkiri jalinan cinta yang telah terbentuk dan akan menampakkan hal yang dulunya menjadi rahsia.

terima kasih kerana sudi membaca