Monday, December 19, 2011

.: PERMATA Gathering :.

selamat malam semua ! ^_^
jam hampir menunjukkan jam 1.30 pagi, tapi, mata masih belum boleh ditutup, belum mengantuk. mana x nya, baru lepas tengok cerita hantu dengan roomate ! serraamm siot ! hihi. tapi best. hehe. lagi pulak, petang tadi lama sangat dah tidur sampai mata ni dah x boleh tutup. huhu. mana x nya, hari ini ak spend masa dengan kawan-kawan dan disebabkan terlalu letih, ketiduran sampai maghrib dibuatnya. huhu.
best sangat hari ini, ak dan kawan-kawan ke Teratak River View dalam memeriahkan Permata gathering ! huhu. kami berlima orang bertolak pada awal pagi dan bertolak pulang hampir jam 3 dengan menaiki sebuah kereta. waah ! mencabar giler jalan ke sana dan sangat jauh bagi ak. hampir satu jam untuk kami sampai ke sana. tu pun dah laju dah kawan ak bawak tu, hehe. ramai jugak join aktiviti tersebut, and very happening ! :)
ada beberapa aktiviti yang kami ikuti antaranya kereta api gile, cari gula-gula dalam tepung, water tiubing dan barbeque ! best sangat. walaupun bukan kesemuanya ak join aktiviti tersebut, tapi best sangat sebab ujung minggu di isi dengan aktiviti yang begitu menggembirakan. ^_+. tidak lar ak ni tidur je kat rumah. huhu. ye kan ? :) sebagai kenangan kami, ak ada mengambil beberapa gambar.
walaupun dalam keadaan yang letih, namun ia betul-betul menceriakan ak dan kawan-kawan. diharapkan akan diadakan beberapa aktiviti yang baharu pada masa akan datang. InsyaAllah, Amin. :) 






terima kasih kerana sudi membaca

Saturday, December 17, 2011

.: Memang Susah Nak Ada Kawan Yang Betol-Betol Kawan :.

hyee ! selamat tengahari readers yang ku sayangi.
kamu semua dh lunch ka ? if belum, boleh la lunch sekarang. hehe. Alhamdulillah, ak n rumate ak dah lunch, kenyang. ^_^. sebenarnya tiada apa sangat untuk ak ceritakan dalam entri ini. cuma tajuknya sama dengan tajuk post ak semlm. ^_^. kenapa pada masa sekarang susah sangat mempunyai kawan yang benar-benar jadi kawan kita. ?
salah kah kita berbuat baik, mengambil berat tentang seseorang. tapi orang yang kita mengambil berat dan berbuat baik itu tidak pernah membalas dengan perbuatan baik, malahan lebih teruk. apakah semua ini. ? mengapakah keadaan sedemikian harus berlaku ? bukan pembalasan yang diminta, tetapi yang diminta hanyalah dihargai. itu sudah cukup semuanya.
namun, alhamdulillah, Tuhan Maha Adil lagi Bijaksana, menyedarkan kita dengan semua itu. walaupun kita pernah menganggap itu sebagai salah satu liku-liku hidup kita, tapi dalam masa yang sama, ianya mengajar kita erti bangun semula, bangkit dan terus pandang ke hadapan dan yang lebih PENTING ialah tidak akan berulang lagi keadaan sedemikian.
kita akan dapat beringat dan sentiasa berjaga-jaga supaya keadaan yang sama tidak akan berulang. that's why kita tidak akan menjalani hubungan yang seperti dulu dengan dia lagi. kalau boleh, tidak akan mengambil berat apatah lagi mengambil tahu masalah dan tidak ingin akan mengambil tahu segala-galanya.
oleh sebab itu, dalam persahabatan, kita harus berjaga-jaga apatah lagi orang yang kita sayang dan rapat. if ada terasa dan terkecik hati dengan dia, anggaplah sebagai angin yang lalu sahaja. bukan itu sahaja, malahan, if ada masalah dengan orang lain itu, janganlah orang sekeliling yang tidak tahu menahu terkena tempiasnya dan bahangnya. 
WASPADA : setiap perbuatan yang kamu lakukan sekarang akan kamu dapat balasannya suatu hari nanti # peringatan untuk diri sendiri dan semua # 
 
 

terima kasih kerana sudi membaca

Wednesday, December 14, 2011

.: Lembutnya :.

hii ! selamat malam ! ^_+.
apa khabar semua ? sihat x ? semoga Allah selalu melindungi kita dan memberi kesihatan yang baik untuk kita semua, InsyaAllah, Amin.
sebenarnya masa sekarang ni, ak tengah bosan. x tahu nak buat apa. tetiba rasa mahu menulis dalam blog ni dan meluahkan perasaan ! boleh je kan ? huhu. rasa mahu nangis  T_T dan mahu cari ketenangan di luar. sedihnya. x tahu kenapa. mahu keluar round satu kolej, tapi di luar hujan lebat. x dapat keluarlah jawabnya. hmm.
 kenapa ek hati perempuan ni lembut sangat ? umpama kaca. jika tidak dipegang elok-elok, pasti jatuh berkecai. hmm. begitu juga dengan hati ak. ak ni sangat sensitif n cepat mengalirkan air mata. kadangkala, perkara kecik pon, ak mengalirkan air mata. pernah ak menjerit menangis sebab ayah kawan baik ak meninggal. tapi kawan baik ak x de ar menjerit macam ak, huhu. so WEIRD, rait ?
myb sebb ak ni mnja sgt kowt ! hmm. entah le. ak cept sgt menglirkn air mta jika ak dilukai oleh owg2 y ak syngi lebih2 ag y ak cintai. rs kdg2 cm down sgt2 sbb kne diskiti. sume prmpuan ka cm 2 ? o ak ni ABNORMAL person ?! kdg2. ble dlukai n diskiti, diam adlh lbh bek. ngs sowg2 n mx tnngkn dri (doa) dr Ilahi. ak ase 2 je jln y leh bt ak ase lega. x pon g jln2, ilngkn persaan 2. tp.......
 kdg2 lw ngs terllu sgt, sapa kntoi lak! huhu. mau mnpu, serba slh dijwbnya. enth lar. @_+.uuwaarrggh ! nape ttbe lak "tears" ak mnglir ni. ? mengenngkn crta kesedihn ke / bkl dpt cte sedih ni. ? hmm. ase semkin lma semkin lju jh air mta ni menglir. redha adlh jln y terbek, huhu. tapi br r. rasa mahu mengs spuas2nya mlm ni. myb sbb terllu pent mngs, ak akn ktdurn slsps ni.
bai bai sume, selamat malam. 

terima kasih kerana sudi membaca

Tuesday, December 6, 2011

.: Hampir Sama :.

Selamat petang ! ^_^
waaaduhh ! lama sangat tidak 'post' dalam blog ni. mana x nya, asyik busy like bee je memanjang, hehe..>_<''
sebenarnya berusaha menjadi yang terbaik lagi untuk sem ini. bertungkus lumus menyiapkan esemen yang berlambak-lambak tu..hihi..apa-apa pun mesti usaha, baharulah tawakal kepadaNya kan ? betul x readers ku sekalian ?? ^_^
kenapa ek tajuk entri hari ini " hampir sama " ?? sebenarnya, ku ingin memanjat kesyukuran ke hadrat Illahi kernaa hasrat ak untuk memiliki satu handfon baharu sudah pun tercapai ! ALHAMDULILLAH ! terima kasih ya Allah kerna melimpahkan rezeki tersebut. namun, tidak lupa juga buat ibu bapaku yang amat prihatin terhadap ak dan membelikan ak handfon baharu itu..
walaupun impian ak ingin memiliki NOKIA E72 tidak kesampaian, tetapi handfon yang ak miliki sekarang hampir sama dengan itu. Modelnya juga nokia, tetapi hanya NOKIA E5..huhu..lagi pula, handfon NOKIA E72 tidak dikeluarkan lagi kerna banyak model yang baharu. O_o''. apa-apa pun, ak tetap bersyukur dan berjanji bahawa ak akan menjaganya dengan sebaik yang mungkin, InsyaAllah, Amin. ^_^
 verses


terima kasih kerana sudi membaca