Monday, July 11, 2011

.: Keutamaan Membaca Al-Quran :.

Assalamualaikum semua..


Selamat tengahari semua. :). Hari ini ak ingin berkongsi sedikit info yang telah ak baca di majalah pada pagi tadi. Sebenarnya ramai yang tidak tahu bahawa al-Quran mempunyai banyak keutamaan apabila kita membacanya. Bukan sahaja perlu dibaca apabila kita dalam keadaan sakit, bulan Ramadhan dan sebagainya, namun ia patut diamalkan pada setiap hari. Di bawah ini, ak ingin menyenaraikan keutamaan-keutamaan yang ku dapat semasa baca majalah ini. :).

  1. Ibadat yang paling utama dari segi bacaan manakala sembahyang sebesar sesar ibadat dari segi gerak laku atau perbuatan.
  2. Pahala membaca al-Quran :1 huruf 10 kebajikan, dan menurut Ibnu Majah diganda sampai 400 kali dan menurut Ibnu Al Jauzi diganda 700 kali.
  3. Balasan satu huruf yang dibaca ialah bidadari di syurga.
  4. Juga dikatakan mendapat balasan sebatang pohon di syurga.
  5. Pembacaan al-Quran adalah hartawan dan pahala membaca tidak akan putus mengikut Ibnu Abbas.
  6. Pahala membaca al-Quran :-
  • Dalam sembahyang - 100 kebajikan
  • Di luar sembahyang berwudhuk - 50 kebajikan
  • Di luar sembahyang tanpa wudhuk - 10 kebajikan
   7.  Mendapat keselamatan daripada api neraka.
  8.  Mendapat kedudukan yang tinggi dan mulia bersama malaikat.
   9.  Pada hari kiamat, al-Quran menjadi pembela.
   10. Pembaca akan memperoleh keamanan.
   11. Membaca sebelum tidur akan mendapat kawalan malaikat.
   12. Pembaca dimasukkan ke dalam golongan siddiqin. 

.:. SEMOGA KITA SEMUA SELALU MENGAMALKANNYA. ^_^. .:.

terima kasih kerana sudi membaca

4 00 ♥ menerima kasih ♥:

Nura Mira... said...

tunjukkan rase sedihmu apbila mmbace ayat2 Allah wlupun hnye berpura2..

aina said...

yekew ? x pe ka cm 2 ?

Nura Mira... said...

ye syg..ini termasuk lam adab2 mmbace AlQuran,,tp try la cube seikhlas mgkin..bile bce part yg sedih..menangis la n ucpkan lam hati astaghfirullahalazim..ble bce part yg gmbira..ucp subhanallah..wallahualam

aina said...

ermm..Okehs..mklumt y bru n sgt berguna..:)..maseh sayang..:)

Post a Comment

komen yep ! :)