Wednesday, July 6, 2011

.: Sedih Sangat-Sangat T_T :.

Assalamualaikum wbt..

Hai ! Selamat malam semua. :). Tetiba rasa mahu menulis dalam blog ini sebelum tidur. Ak rasa macam tidak mahu tidur je malam ni. Kenapa eik ? Sakit ke ak ni ? Hmm. Ak rase ak sihat alhmdulillah. Cuma, mungkin ak banyak berfikir sangat kot tambahan akhir-akhir ini banyak sungguh ujian dari Yang Maha Esa. Tapi ak yakin, semuanya pasti ada hikmah di sebalik semua ujian yang ak tempuhi. 
Sebenarnya, ak sedang mengalami masalah gastrik. Perut ak asyik sakit je akhir-akhir ini. Ak rasa sakit biasa je kot. Lagipun ak tidak mahu bagitahu kat sesiapa pun sebabnya takut menyusahkan mereka lebih-lebih orang tuaku. Biarlah ak menanggung seorang diri. Itu lebih baik kurasakan. :). Tetapi dalam masa yang sama, ak rasa sangat-sangat sedih.
 Dari petang tadi sehingga sekarang, perasaan itu masih lagi tidak hilang malah setiap kali ak termenung, ak akan berasa sebak dan akhirnya menangis seorang diri. Sunyi ke diri ini ? Ak rasa tidak begitu. Ak sebenarnya berasa bersalah sangat-sangat pada seseorang yang ak sayang. Ak melukakan hati orang yang kusayang itu tengahari tadi. Bukan seorang, malah dua orang. Terukkan ak ?? Tapi, ak lakukan semua itu ada sebabnya. Untuk kebaikannya juga. 
Kadang-kadang, ak berasa sungguh nikmat dan bahagia hidup keseorangan berbanding hidup berdua. Entahlah kenapa ak berasa demikian. ? Mungkin juga bila ak keseorangan, ak tidak perlu jaga hati dan perasaan orang lain, hanya jaga hati dan perasaan ak sahaja. :(. Ak bukan seorang gadis yang pandai jaga hati dan perasaan orang. Kadang kala ak berasa mahu menjauhkan diri daripada semua orang. Ak lebih suka melayan perasaan ak daripada memikirkan kehidupan sekeliling. :(.
 Tetiba air mata ak kembali mengalir apabila membaca mesej daripadanya. Memang salah ak dan ak berhak dihukum. Ini mungkin hukuman yang perlu ak dapat. T_T. Entah kenapa tetiba juga, petang tadi ak berasa mahu menanggung semua kegembiraan, kesedihan dan penderitaan ak selepas ini seorang ini. Ak tidak mahu lagi menyusahkan diri orang lain terutama ibu bapa dan kawan-kawan baik ak serta si dia sendiri. Biarlah ak sendiri merawat diri ini jika sebarang kesedihan mahupun penderitaan yang menimpa diriku ini. Ak berasa diri ini perlu berubah seperti yang difikirkan. :((. 
Jam menunjukkan hampir jam 12, berasa malas untuk menceritakan selanjutnya. Cuma ak mahu memberitahu bahawa, ak benar-benar meminta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki kerna selama ini banyak menyusahkan kamu daripada perkara kecil hingga perkara besar. Ak bukan yang terbaik untuk kamu. Walaupun ak cuba menjadi yang terbaik. Ak berharap, jika kamu tidak lagi menyukai ak dan mahu menjauhkan diri daripadaku, hanya satu pintaku, bagitahu ak terlebih dahulu. Semoga perpisahan yang kamu mahukan berada dalam keredhaan Ilahi, Amin. :'((



terima kasih kerana sudi membaca

0 00 ♥ menerima kasih ♥:

Post a Comment

komen yep ! :)