Monday, August 1, 2011

.: Beginikah ? :.

assalamualaikum..

masih tidak terlewat lagi untuk ak mengucapkan selamat menjalani ibadah untuk semua, kan ? semoga ramadhan kali ini lebih bermakna untuk kita semua, InsyaAllah, Amin. 

tetiba petang ni rasa mahu menulis dalam entri ini. Tapi sebelum ak meluahkan semuanya, bolehkah ak menanya satu soalan. ? cewwaahh ! macam seorang guru je kan ? :). ermm, setiap kali kita ditimpa masalah atau perasaan berkecamuk dan tidak tenang, pernah kan terlintas di hati dan bibir kita bahawa dunia ini seolah-olah tidak adil, dan kita berasa diri ini sungguh dianayaikan ? kenapa semua itu kita fikir apabila masalah menyelubungi kita ?

namun, ak rasa, semua ini sudah menjadi takdir untuk seseorang. semua yang berlaku mungkin ada hikmah di sebaliknya dan mungkin juga Allah mahu menguji keimanan dan kesabaran seseorang, lalu bermacam-macam dugaan dan ujian diturunkan, kan ? namun, setiap masalah ak hadapi untuk masa ini dan akan datang, InsyaAllah ak akan hadapi dengan redhanya dan berharap semua ujian itu akan meningkatkan keimanan ak kepadaNya. 
 
panjang pulak, entri ak pada petang ini kan ? huhu. sebenarnya ak ngn mak baharu sahaja sudah siap masak untuk juadah berbuka petang ini, hehe. kami berempat sahaja yang makan di rumah  ini. yang lainnya semua tidak balik. :"(. tapi tidak mengapa, diharapkan abang dan dua adik laki-laki ak mendapat keberkatan dari Ilahi sepanjang ramadhan ini, InsyaAllah, amin.
hmm..harapanku, keetidakadilan dan ketidaksamarataan yang berlaku dalam hidup ak sekarang ini semakin berkurang sekaligus akan membuatkan ak berasa lebih baik lagi untuk kehidupan esok hari, InsyaAllah. 
ak menganggap semua ini adalah dugaan hari pertama ak berpuasa dan ujian yang Maha Pencipta untuk hambanya yang tabah !. ak kuat dan semua ini sudah ditetapkan ! itu yang selalu kata hati ak katakan apabila ak jatuh rebah tersungkur dalam kehidupan ini. ak juga percaya bahawa Allah akan membalas segalanya dengan balasan yang setimpal pada suatu hari nanti, Insya Allah. 

oklar, rasanya mahu berhenti setakat ini pula, ak mahu siapkan apa-apa yang patut disiapkan untuk berbuka nanti.

selamat ebrbuka berbuka puasa untuk semua. ! 


*p/s : kepada bff ak yang sedang mengalami " musibah " semoga berada dalam keadaan baik-baik sahaja dan semoga cepat baik dan sama-sama menjalani ibadah terawih bersama, InsyaAllah.


terima kasih kerana sudi membaca

0 00 ♥ menerima kasih ♥:

Post a Comment

komen yep ! :)