Monday, May 30, 2011

.: Manis + Masam :.

Assalamualaikum..
Salam 1 malaysia semua. :) Kali ini ak ingin meceritakan serba sedikit tentang teman-teman yang selalu di samping diriku ketika susah dan senang. Di kampung halaman, ak mempunyai teman yang rapat seramai 4 orang.  They are my BFF ak sejak ak dari bangku sekolah lagi. Kesemua ibu bapa mereka juga mengenali ibu bapaku. Kami sama-sama menjalani kehidupan yang bahagia apabila semuanya bercuti pada cuti semester. Kesemua antara kami mengambil kos yang berbeza di beberapa universiti tempatan. Antara kami, ak adalah yang paling sulung @ tua kerana memanndangkan tarikh lahir ak paling awal. Namun itu tidak membataskan kami untuk bergaul dan bermesra. :). Kami semua selalu juga keluar bersama-sama dan berkongsi masalah bersama-sama. Ak tidak kekok menceritakan kepada mereka jika ak mengalami kesulitan. Mereka banyak membantu ak dan ada di sisi ak ketika susah dan senang ak. That's why, ak sangat menyayangi mereka sangat-sangat. Ak sudah menganggap mereka adik ak sendiri memandangkan ak tidak mempunyai adik perempuan kandung di dunia ini. :). Boleh dikatakan antara kami, tiada rahsia yang dirahsia. Kami seolah-olah satu keluarga yang bahagia. Ak mengambil kesempatan ini untuk menceritakan serba sedikit tentang teman-teman sejati ak ini dan memasukkan gambar-gambar mereka untuk lebih mengenali. :)

AH 
Pertamanya ingin ak perkenalkan ialah WAN SHOLEHAH BINTI WAN IBRAHIM. Dia merupakan seorang sahabat yang baik dan mempunyai rupa paras yang sangat cantik. :)). Kami mula berkawan sejak di bangku sekolah rendah lagi, iaitu di Sekolah Kebangsaan Bukit Tok Beng. Kebetulan semasa di sekolah menengah pula, kami masih lagi di sekolah yang sama iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Jiring.  Jadi tidak hairanlah ibu bapa kami saling mengenali antara satu sama lain. Walaupun sekarang kami "berpisah", tidak lagi menuntut di universiti yang sama, naum, kami tetap berhubung antara satu sama lain serta saling bertukar pandangan dan masalah. Bagiku, dia seorang yang baik dan menghargai persahabatan antara kami bersama. Dialah salah seorang sahabat yang sudi mendengar dan cuba memberi jalan kepada ak dalam menghadapi hidup ini. Bukan itu sahaja, malahan dia juga seorang yang pandai menjaga hati seseorang teman. Harapanku adalah persahabatan murni yang telah terjalin setelah sekian lama akan selalu berpanjangan, InsyaAllah, Amin. :))


✿ ENY 
Keduanya, teman sejati ak di kampung dan diharapkan berterusan hingga ke akhir nyawa ialah NOORUL AINI BINTI MOHD ALI. Seorang yang selalu mengukirkan senyuman dan penuh kesabaran merupakan beberapa sifat terpuji yang ada di dalam dirinya. Sedang melanjutkan pelajaran di luar negara iaitu di Korea telah melahirkan satu semangat baharu dalam diriku untuk mengikut jejak langkahnya. Dia juga mempunyai sebuah keluarga yang sangat ramah sehingga kadang-kala benar-benar mencuit hatiku jika bertandang ke rumah mereka. Kami mula bersahabat sejak kami di sekolah rendah, ketika ak belajar di darjah 5 di Sekolah Kebangsaan Seberang Takir. Walaupun jarak antara kami itu jauh untuk bersemuka apabila cuba menyelesaikan sesuatu masalah, namun, kami tetap berhubung dan berbincang untuk mencari jalan penyelesaiannya dengan berhubung dengan pelbagai medium seperti internet, telefon bimbit dan sebagainya .Dia juga seperti sahabat sejati ak yang lain iaitu memainkan satu peranan yang baik dengan cuba menjadi bahu untuk ak bersandar jika ak dalam kegelisahan dan kesusahan. Harapanku adalah persahabatan murni yang telah terjalin setelah sekian lama akan selalu berpanjangan, InsyaAllah, Amin. :))

✿ IRA  
Seterusnya, kawan sejati ak yang ak sayangi ialah NOR AZIRA NABIHA BT MOHD RASHID. Dia merupakan seorang sahabat yang mempunyai sifat baiknya yang tersendiri seperti selalu menolong kawan, mengambil berat tentang hal kawan serta tegas. Namun, di sebalik sifat-sifat tersebut, tidak diketepikan lagi bahawa dia juga mempunyai sifat lemah lembut dan penyayang sehingga menyebabkan teman lelakinya jatuh cinta dengannya. :)). Bukan itu sahaja, malahan dia juga selalu mendengar dan cuba membantu ak jika ak dalam kesusahan. Dia seorang gadis yang baik ! :). Kami berkawan baik sejak kami darjah 5 di Sekolah Kebangsaan Seberang Takir. Sekarang dia sedang meneruskan pengajian di Universiti Teknologi Mara, Shah Alam dalam bidang Sains Aktuarial. Memang sesuai dengan kemahiran dia dalam bidang matematik sejak dari sekolah rendah lagi.  Bukan itu sahaja, malahan berkemahiran tinggi dalam seni mempertahankan diri iaitu taekwando. Harapanku adalah persahabatan murni yang telah terjalin setelah sekian lama akan selalu berpanjangan, InsyaAllah, Amin. :))


✿ MIA    
Akhir sekali, rakan ak yang ak suka dan hubungan kami sehingga ke hari ini dan diharapkan  berpanjangan ialah NAJMIAH BINTI RAHIM. Dia adalah seorang rakan yang open minded dalam semua hal, senang bergaul dengan semua orang sehingga menyebabkan dia disukai ramai. Baru sahaja selesai menuntut di sebuah universiti di Kedah, Universiti Utara Malaysia dalam kos sumber manusia. Merupakan jiran kepada Ira dan kami berempat ( ak, Eny, Ira ) mulai membina sebuah persahabatan yang ikhlas dan jujur semasa kami sama-sama menuntut di bangku sekolah rendah. Dia juga seorang yang baik dan juga membantu ak jika ak dalam kesulitan. Baginya, seorang kawan mempunyai peranan yang tersendiri dalam alam persahabatan. Hubungan ini terus berpanjangan kerana, kami selalu bertanya khabar dan bertukar pandangan sesama sendiri. Sudah mempunyai "teman istimewa" dalam hidupnya sekarang menyebabkan dia selalu tersenyum dan bahagia. Harapanku adalah persahabatan murni yang telah terjalin setelah sekian lama akan selalu berpanjangan, InsyaAllah, Amin. :))


Sekarang, tibalah masa untuk ak menceritakan serba sedikit tentang kawan sejati ak @ my BFF ak di tempat ak belajar. Di tempat ak belajar sekarang ini adalah di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Ak akan menghabiskan masa hidupku selama 4 tahun di sana bersama teman-teman di sana. Di sana ak mempunyai ramai kawan, namun, hanya segelintir sahaja yang ak benar-benar rapat dan ak mengganggapnya adalah sebahagian daripada keluarga ak. Antaranya along, angah, Ct, Tique, Anis dan Bella. Kesemua daripada mereka ak mengganggap lebih daripada teman biasa kerana mereka banyak menolong ak tika ak susah dan senang. Kini, bukan senang hendak memilih kawan yang benar-benar dianggap sebagai seorang kawan, kerana, ada sesetengahnya berkawan dengan kita kerana mereka dalam kesusahan. Mereka akan lupa kita apabila mereka dalam kesenangan dan yang paling teruk lagi apabila mereka itu tidak mempedulikan kita apabila kita memerlukan mereka. Tapi, bukan semua kawan seperti itu, hanya sebahagian daripadanya sahaja. :)). 


✿ ANGAH  
SAHIDAH BT DAIM @ Ieda @ angah adalah kawan yang terbaik bagiku sepanjang ak di sana dan mungkin juga adalah terbaik sepanjang ak hidup di muka bumi ini sehingga saat ini. Kami selalu bersama, tidak kira waktu dan tempat. Jadi, tidak hairanlah semua perkara ak akan ceritakan kepada dia. Dia tidak pernah mengeluh menolong ak ketika ak kesusahan. Ak masih ingat lagi apabila ak sakit, dialah satu-satunya teman ak yang menyuapkan makan minum, ubat, menjaga ak siang dan malam dan sanggup tidak ke kuliyah kerana menemani ak..:(( terasa sebak di dada tiba-tiba apabila mengingatkan peristiwa itu. Bukan itu sahaja, malahan dia mempunyai sekeping hati yang bersih dan murni kerana, dialah orang yang paling banyak bersabar dan kuat dalam menghadapi masalah. Banyak perkara yang telah kami lalui bersama-sama. Susah dan senang kami, kami berkongsi bersama-sama. Ak memanggil dia dengan panggilan "angah" kerana dia mempunyai ketinggian yang lebih daripada ak dan selalu mengalah. Dialah merupakan pengganti ibu bapaku ketika ak di sana. Kenangan manis dan pahit kami akan ak ingat sampai bila-bila. Harapanku adalah persahabatan murni yang telah terjalin setelah sekian lama akan selalu berpanjangan, InsyaAllah, Amin. :))


✿ ALONG 
Selain itu juga, ak turut ingin memperkenalkan sahabat sejati ak di sana iaitu HARLINA BINTI SHUKAR @ Lina @ along. Mengapa ak lebih suka memanggil dia dengan panggilan along ? Sebabnya, ketinggian dia lebih tinggi berbanding angah dan usu ( ak ). Tambahan pula perwatakan yang sangat matang dalam sesuatu perkara dan persahabatan ini, menyebabkan dia sesuai dipanggil sebagai along. Dia seorang gadis yang sangat lemah lembut dan cantik. :) Bukan itu sahaja, apabila kami bersahabat, dia tidak pernah meninggalkan diriku seorang diri terkapai-kapai meminta pertolongan. Ketika senang, kami saling keluar berjalan bersama-sama untuk mengeratkan lagi hubungan ini. Seorang gadis yang cekal dan tabah juga tergambar menerusi peribadi dia. Disebalik kesemua itu, terselit juga sikap manja dia yang telah menyebabkan seorang jejaka tampan telah tertarik dan berjaya menawan hati dia. Ak sungguh gembira dan bahagia melihat mereka berdua bersama ditambah pula hubungan kami juga dalam keadaan baik dan sejahtera. Harapanku adalah persahabatan murni yang telah terjalin setelah sekian lama akan selalu berpanjangan, InsyaAllah, Amin. :))


✿ TIQUE 
Seorang gadis kelahiran Sandakan , Sabah merupakan seorang sumandak yang menjadi sahabat sejati ak. Walaupun persahabatan kami baharu sahaja terjalin, namun ia langsung tidak membataskan kami untuk terus menjadi sahabat baik, rapat dan akhirnya sejati. :) SITI NOR ATIKAH @ panggilannya sebagai Tique tidak pernah melukakan hati ak malah banyak menolong ak dalam menyelesaikan masalah. Tidak kira masalah peribadi mahupun masalah umum. Pada pandangan ak, dia seorang yang pendiam dan juga mempunyai sifat yang tabah dalam menghadapi cabaran. Gadis yang pandai juga satu pernyataan yang ak akui sangat benar kerana selalu mendapat keputusan yang cemerlang. :) Anak campuran Suluk dan Brunei ini juga mempunyai persamaan hobi dengan ak iaitu mendengar lagu-lagu di radio. Dengan adanya persamaan antara kami, hubungan kami dapat dijalinkan dengan lebih rapat dan mesra. Sentiasa ada ketika ak dan kawan-kawan sekelilingnya memerlukan bantuan merupakan sikap yang tersemat di dalam hatinya. Harapanku adalah persahabatan murni yang telah terjalin setelah sekian lama akan selalu berpanjangan, InsyaAllah, Amin. :))


✿ CT 
Panggilan Ct merupakan satu panggilan yang ringkas dan sangat sesuai digunakan bagi memudahkan perbicaraan ketika dengannya. Nama sebenarnya ialah SITI NADHIRAH BINTI BURHANUDDIN merupakan " junior " ak memandangkan dia lebih muda daripada ak. :) Namun kami belajar di satu bidang yang sama di universiti yang sedang kami menuntut iaitu bidang Pengajian Malaysia dengan pendidikan. Dia merupakan BFF ak di sini ( kampung ) dan juga di sana. Walaupun kami jarang bertemu dan berborak apatah lagi keluar bersama-sama di sana namun ia langsung tidak memberi kesan negatif terhadap persahabatan kami. :) Tambahan lagi, ibu bapa kami saling mengenali disebabkan ak selalu peluang ke kampung halaman bersama dengannya serta beberapa kawan ku yang lain. Seorang gadis yang pendiam dan agak pemalu merupakan sifat semulajadi yang terkandung dalam diri dia. Bukan itu sahaja, malahan dia banyak menghulurkan pandangan, cadangan, nasihat dan juga bantuan yang sewajarnya jika ak menceritakan masalah dengannnya. :) Harapanku adalah persahabatan murni yang telah terjalin setelah sekian lama akan selalu berpanjangan, InsyaAllah, Amin. :))


✿ BELLA 
Ramaikan BFF ak ? hehe. Belum habis lagi ak menceritakan tentang BFFs ak kerna ada 2 orang lagi yang ak menganggapnya sebagai kawan baik dan sejati ak sampai bila-bila. SITI AMIRA NABILAH BINTI KHAIRUDDIN @ Bella merupakan sahabat baik ak juga. Nama yang panjang dan cantik sesuai dengan fizikal dirinya. :) Dia dianggap sebagai sahabat baik ak kerana seperti sahabat-sahabat yang lain, dia banyak menolong dan membantu ak dalam apa jua keadaan. Walaupun kami jarang bersua, tetap ak yakin dan percaya ak tidak salah mengganggap dia sebagai sahabat sejati ak kerana perwatakan yang baik dan disukai ramai kawan. Kami jarang bersua bukan disebabkan adanya persengketaan antara kami, namun, ia adalah disebabkan oleh kelas kuliyah kami jarang sekali. Namun, jika kami memerlukan antara satu sama lain, kami tidak kekok untuk berbincang dan menyelesaikan masalah. Sudah mempunyai teman yang teristimewa menambahkan lagi seri muka di wajahnya. Dia tidak pernah sesekali mengenepikan hal kawan-kawannya walaupun dia sudah " diambil ". Pelbagai nasihat dan dorongan yang padu dikeluarkan jika masalah dan kesulitan diceritakan kepadanya. Harapanku adalah persahabatan murni yang telah terjalin setelah sekian lama akan selalu berpanjangan, InsyaAllah, Amin. :))


✿ ANIS 
Seterusnya orang yang ingin ak menceritakan dalam episod ini ialah NOORANIS SYAHIRAH BINTI MOHD JAMAL @ Anis merupakan seorang daripada keseluruhan sahabat sejati yang ak ada. Orangnya kecil dan petah berkata-kata membuatkan hubungan kami sering ceria. Anak kelahiran Kelantan dan menetap di Machang ini juga pintar dalam pembelajaran. Walaupun kami jarang berkongsi masalah, namun kami tetap rapat dan berkawan baik kerana dia selalu bermanja dengan ak seperti seorang adik apabila kami berjumpa. Bukan itu sahaja, malahan dia seorang yang kelakar dan sering membantu ak jika ak dalam kepayahan. Kami telah bersahabat semenjak kami sama-sama belajar di Tanjong Malim itu. Kebetulan pula kami satu kos dan menduduki di kolej yang sama telah berjaya mengeratkan hubungan silaturrahim antara kami. Selain itu juga, mempunyai teman yang teristimewa di sisinya adalah satu perkara yang indah dalam hidupnya walaupun pelbagai rintangan terpaksa ditempuhinya menambahkan lagi keceriaan dalam hidupnya di samping kawan-kawannya yang tersayang. Harapanku adalah persahabatan murni yang telah terjalin setelah sekian lama akan selalu berpanjangan, InsyaAllah, Amin. :))


 ✿ MIRA 
Alhamdulillah, syukur tidak terhingga kerna ak berpeluang untuk menceritakan tentang salah seorang kawan baik dan mungkin kawan sejati ak buat selama-lamanya. :). Mira nama panggilan dia, merupakan juga rakan sebilik ak semasa ak belajar di Universiti Malaysia Kelantan, UMK. Gadis kecil yang sungguh kaya dengan senyuman tidak pernah kekok menghulungkan bantuan dan nasihat kepada ak jika ak dalam kesusahan. Namun, sayangnya kini,  kami jarang berhubung disebabkan kerana terlalu sibuk. Ak menjadi kuat dan bangkit daripada kegagalan adalah daripada semangat dan sokongan dia tidak jemu-jemu menghulurkannya untuk ak. Gadis kelahiran Johor ini juga sangat peramah dan pnadai berbahsa Jepun. Semasa ak di UMK, dialah yang selalu menolong belajar Bahasa Jepun. Walaupun dahulunya kami jarang berhubung tetapi, itu tidak bermakna ak dan dia putus kawan, tapi kami memberi waktu untuk merindui sesama kami. Kini, ak bahagia sangat sebab dia kian rapat dengan ak dan masih lagi sudi memberi pertolongan kepada ak walaupun kami jauh dan jarang sekali berjumpa. Harapanku adalah persahabatan murni yang telah terjalin setelah sekian lama akan selalu berpanjangan, InsyaAllah, Amin. :))
   
Bagiku, walaupun kawan-kawan ak ini ( BFFs ) ak melakukan kesilapan atau kesalahan dengan secara langsung atau tidak langsung, ak menganggapnya sebagai angin yang lalu. Tidak terlalu mengambil hati dan sudi memaafkan kesilapan mereka pada bila-bila masa sahaja. Tambahan lagi, nilai persahabatan itu lebih penting dan bukan semua kawan yang kita boleh mengganggap mereka sebagai sahabat sejati kita. 


''  FRIENDSHIP  FOREVER AND EVER  ''  
  

terima kasih kerana sudi membaca

2 00 ♥ menerima kasih ♥:

nadhirah said...

asal nme aku slah....huhu...
msti mu tringat burhanuddin al-helmi ni..haha

aina said...

haha..ak ase ye dOs ingt ke burhanuddin al helmi..ahaks~..haha

Post a Comment

komen yep ! :)