Sunday, May 29, 2011

.: Dup Dap :.

Assalamualaikum..
Hii. Sihat ? . Hari ini ingin ak menceritakan satu kejadian yang amat menakutkan telah berlaku pada awal pagi tadi, kerna takut halangan yang ditempuhi tidak dapat dilalui dengan sempurna dan baik. Namun, alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik dan lancar. Yang Maha Esa telah memudahkan urusan dia pada hari ini dan memakbulkan doa kami bersama. Syukur ya rabbalalamin. Disebaik apa yang ingin diceritakan adalah bukan ak yang melaluinya, tetapi orang yang melalui kejadian tersebut adalah salah seorang yang ak sayangi. Tahniah, tahniah dan tahniah serta Alhamdulillah tidak terhingga mampu ak ucapkan untuk dia dan pencipta alam ini. Sebenarnya, hari ini merupakan hari ujian memandu bagi dia. Dia begitu gementar pada awalnya berakhir dengan ukiran senyuman yang sungguh indah bagiku. :). Mana tidaknya, dia telah LULUS menjalani ujian memandu itu. Walaupun ada beberapa perkara yang agak kurang menyenangkan baginya, tapi ak pasti di dalam hati dan sanubarinya, dia berasa amat lega dan tenang selepas berjaya mengatasi ujian tersebut. Bukan itu sahaja, malahan ak berasa lega kerana dia dikurangkan beban dan masalah sedikit demi sedikit. Alhamdulillah. Hati ini turut berasa lega dan senang serta mampu mengukir senyuman lebar selepas mendapat keputusan ujian memandunya sebentar tadi. Apa yang ak percaya melalui kejadian ini, Allah akan mendengar segala pertolongan dan bantuan ynag diperlukan oleh hambaNya dan memakbulkan doa hambaNya jika hambaNya betul-betul dan ikhlas meminta pertolongan daripadaNya dan berusaha bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perkara. Jadi, jika kita mempunyai masalah, orang sekeliling tidak kita percayai dan tidak mahu kita menceritakanmasalah kita kepada mereka, eloklah kita mengangkat dan menadah tangan, meminta doa dari Yang Maha Esa, InsyaAllah, segala kesulitan dan kesusahan itu dapat dipertunjukkan jalan penyelesaiannya. Amin. Itu sahaja ak ingin menceritakan untuk kali ini, bai. :)
Assalamualaikum.

mood : gembira sangat ^__^
terima kasih kerana sudi membaca

0 00 ♥ menerima kasih ♥:

Post a Comment

komen yep ! :)