Sunday, May 29, 2011

.: Pengajaran :.

Assalamualaikum..
Haii ! Selamat malam semua. :) Opss ! Sudah pagi, hehe. Ak tidak dapat tidur lagi kerana mataku belum mengantuk. So, di kesempatan ini, ak mengambil peluang untuk berbicara  seketika. Sebenarnya, malam ini, aktiviti yang telah ak lakukan adalah berusaha menyiapkan tugasan yang belum disiapkan, huhu. Tugasan apa ek, sedangkan ak sekarang ini telah bercuti. Yaa, cuti semester yang begitu indah dan menyenangkan ak, hehe. Fikiran ak tidak perlu untuk berfikir tentang tugasan yang diberikan oleh pensyarah, masa untuk belajar dan mengulangkaji dan sebagainya. Jadi, waktu inilah waktu yang amat sesuai untuk ak menenangkan diri ak dan berehat sepuas-puasnya. :) Betulkan ? Hmm. sebenarnya ak hendak cerita pasal pengajaran di sebalik drama yang ak tengok malam ni. Tugasan yang dimaksudkan adalah cerita. :). Hari ini ak menghabiskan masa dengan menonton drama " NORA ELENA ". Tapi, ak menontonnya di laman web tonton, hehe. Sebabnya, ak malas hendak tengok drama tu ketika maghrib, huhu. Ayah ak cakap, waktu maghrib tu singkat, jadi ak terpaksa lar tengok drama tu di laman web tonton. Ak suka dengan drama tu, sebabnya banyak pengajaran yang dapat diambil menerusi drama tu. Pertamanya, bagiku adalah kita tidak boleh menuduh seseorang secara melulu tanpa usul periksa dan sumber yang sah. Keduanya, kita janganlah mempunyai sikap ego yang tinggi kerana ia akan merosakkan masa depan kita sendiri. Kebiasaannya sifat ego ini sinonim dengan perangai lelaki, tetapi tidak dapat dinafikan, golongan perempuan juga sesetengahnya mempunyai sifat buruk itu. Misalnya diri ak, hehe. Ketiganya pula, kita seharusnya belajar menghormati orang lain dan menerima pandangan atau nasihat berguna yang telah diberikan oleh mereka. Mungkin nasihat atau pandangan tersebut sangat berguna untuk kita dan membantu kita menyelesaikan masalah ? Jadi, renung-renungkanlah dan selamat beramal. :-D. Manusia tidak terlepas dengan membuat kesilapan sehingga mencetuskan pergaduhan atau perselisihan sesama sendiri. Jika masalah itu timbul, seharusnya dan semestinya, mereka mencari waktu yang sesuai dan duduk berbincang dengan bersemuka serta hati yang ikhlas dan penuh kemaafan agar kesilapan atau perselisihan faham tersebut dapat diatasi secara tidak langsungnya mendamaikan antara kedua-dua belah pihak. Btol ke tidak ? hehe. :)) Daripada episod 1-12, itu adalah serba sedikit pengajaran atau ikhtibar yang harus diambil oleh semua orang termasuk diri ak sendiri agar hidup kita akan lebih ceria dan sentiasa bahagia. Walaupun drama ini lebih kepada aspek percintaan dan perkahwinan, tetapi, ak percaya masalah ini juga berlaku dalam hubungan persahabatan. Errrmm, ak rasa sampai di sini dahulu ak menceritakan serba sedikit tentang drama tersebut, huhu. Semoga ketemu lagi, bai. :)) Selamat pagi, semua. :-D
Assalamualaikum.
terima kasih kerana sudi membaca

0 00 ♥ menerima kasih ♥:

Post a Comment

komen yep ! :)