Saturday, December 17, 2011

.: Memang Susah Nak Ada Kawan Yang Betol-Betol Kawan :.

hyee ! selamat tengahari readers yang ku sayangi.
kamu semua dh lunch ka ? if belum, boleh la lunch sekarang. hehe. Alhamdulillah, ak n rumate ak dah lunch, kenyang. ^_^. sebenarnya tiada apa sangat untuk ak ceritakan dalam entri ini. cuma tajuknya sama dengan tajuk post ak semlm. ^_^. kenapa pada masa sekarang susah sangat mempunyai kawan yang benar-benar jadi kawan kita. ?
salah kah kita berbuat baik, mengambil berat tentang seseorang. tapi orang yang kita mengambil berat dan berbuat baik itu tidak pernah membalas dengan perbuatan baik, malahan lebih teruk. apakah semua ini. ? mengapakah keadaan sedemikian harus berlaku ? bukan pembalasan yang diminta, tetapi yang diminta hanyalah dihargai. itu sudah cukup semuanya.
namun, alhamdulillah, Tuhan Maha Adil lagi Bijaksana, menyedarkan kita dengan semua itu. walaupun kita pernah menganggap itu sebagai salah satu liku-liku hidup kita, tapi dalam masa yang sama, ianya mengajar kita erti bangun semula, bangkit dan terus pandang ke hadapan dan yang lebih PENTING ialah tidak akan berulang lagi keadaan sedemikian.
kita akan dapat beringat dan sentiasa berjaga-jaga supaya keadaan yang sama tidak akan berulang. that's why kita tidak akan menjalani hubungan yang seperti dulu dengan dia lagi. kalau boleh, tidak akan mengambil berat apatah lagi mengambil tahu masalah dan tidak ingin akan mengambil tahu segala-galanya.
oleh sebab itu, dalam persahabatan, kita harus berjaga-jaga apatah lagi orang yang kita sayang dan rapat. if ada terasa dan terkecik hati dengan dia, anggaplah sebagai angin yang lalu sahaja. bukan itu sahaja, malahan, if ada masalah dengan orang lain itu, janganlah orang sekeliling yang tidak tahu menahu terkena tempiasnya dan bahangnya. 
WASPADA : setiap perbuatan yang kamu lakukan sekarang akan kamu dapat balasannya suatu hari nanti # peringatan untuk diri sendiri dan semua # 
 
 

terima kasih kerana sudi membaca

0 00 ♥ menerima kasih ♥:

Post a Comment

komen yep ! :)