Showing posts with label - happy sesangat -. Show all posts
Showing posts with label - happy sesangat -. Show all posts

Thursday, February 16, 2012

.: yeppiiieee ! :.

iiii ! selamat petang semua ( :

bersua lagi kita kan ? hehe . sebenarnya ak ingin kongsi sedikit kegembiraan hari ini bersama kawan-kawan ! sweet mooments taw ! ( : hari ini kami berenam yang mana terdiri daripada ak sendiri, ct, sha, muni, ab n ayu keluar bersama berpiknik dan bermain bowling.

tetapi, sayangnya kami x dapat main bersama semuanya disebabkan oleh sha, ct dan muni mempunyai halangan yang tidak dapat dielakkan. hanya ak, ab n ayu sahaja main bowling hari dan kali ini. : (. mulanya kami bercadang untuk bermain sebelum berpiknik, namun, disebabkan tempat tersebut dibooking oleh beberapa buah sekolah, kami terpaksa berpiknik terlebih dahulu.

+ kami berlima, muni yang ambik gambar time ni, hehe +
alhamdulillah, dengan suasana yang nyaman dan menarik disusuli dengan makanan yang dibawa oleh kami memang sedap, menambahkan lagi keseronokan kami dalm dalam berpiknik itu. sebelum makan, sempat kami menangkap gambar bersama untuk dijadikan kenangan bersama. - happy sesangat - makanan tersebut yang terdiri daripada nasi goreng ayam, ayam goreng, hotdog, puding, salad, timun dan air teh yang sangat sedap benar-benar menaikkan selera  ak dan kawan-kawan pada waktu itu.

+ ayu n ak baru nak makan +
sedang enak menjamu selera bersama, tetiba datang seorang akak yang memakai baju hitam yang tertera logo hotfm zoomers memeranjatkan kami dan lantas menyuruh kami ke arah sebuah kereta Myv hitam yang tidak berapa jauh dari situ untuk menjawab beberapa soalan dan mendapat hadiah yang cukup istimewa. alhamdulliah semua daripada kami menjawabnya dan mendapat hadiah. sukanya taw ! ( : paling best hadiah yang ditawarkan adalah sekotak 1 drop perfume, cd Melly dan sabun organic ! hebatkan  ? ( :

+ hadiah ku dapat daripada hotfm zoomers ( : +
alangkah sayangnya, ak hanya mendapat sabun organic itu sahaja, tetapi apa-apa pun, alhamdulillah sangat-sangat. 1 drop perfume dimenangi oleh ct dan cd Melly menjadi milik ayu. waaah ! suka !!! ( : selepas semuanya selesai, ak, ab n ayu pergi main bowling dan ak menjuarai untuk kedua-dua set tersebut ! waaah ! gUmbiiirraaaaanya ! ( : bowling adalah salah satu hobi ak ketika masa lapang. lebih suka menghabiskan masa bersama kawan-kawan di tempat boowling berbanding bershopping. dengan harga yang sangat murah bagiku, menambahkan lagi minat dan peluang untuk ak selalu ke sana. 

+ yesszaa ! ak juara ! ( : +

# p/s : lain kali kita berpiknik lagi ye, kawan-kawan ! #

lots of love : ainangokngeks 

terima kasih kerana sudi membaca

Sunday, February 12, 2012

.: selamat pagi cikgu ! :.

salam sayang buat semua ! ( :  
alhamdulillah ! alhamdulillah ! alhamdulillah ! ( : akhirnya berjaya juga ak dan partner ak menjadi seorang guru hari ini ! (: walaupun ianya seketika, namun, ia tetap bermakna dan memberi sejuta kenangan kepada kami. 
terima kasih banyak-banyak untuk cikgu saya, Cikgu Pazri sebab memberi peluang dan kepercayaan untuk kami berdua melakukan ' microteaching ' di sekolah lama ku sendiri. bersyukur sangat-sangat kerna semua itu membolehkan kami memperbaikinya untuk masa akan datang. (: -gembira sangat-sangat- 
mengajar subjek pengajian am untuk tingkatan 6 bukan satu perkara yang mudah dan memerlukan pelbagai pebgetahuan am dan persediaan dari segi mental dan fizikal yang kukuh. alhamdulillah kerna segalanya berjalan dengan lancar. (: dengan kerjasama pelajar yang hanya seramai 18 orang membolehkan pengajaran pada hari ini bertambah menarik. 
sebagai kenangan untuk kami berdua, beberapa gambar bersama mereka kami ambil selepas selesai pengajaran sekaligus merakamkan video yang baik sepanjang perjalanan pengajaran yang merupakan satu titik permulaan yang baik dan bagus untuk kami. InsyaAllah akan kami lakukan yang terbaik untuk masa akan datang sekaligus menjadi seorang guru yang penuh berdedikasi dan bertanggungjawab. Amin.
: Cikgu Pazri dan Cikgu Ramly meninjau bilik muzik sebelum kami memulakan pengajaran :
: Sebelum mengajar, Cikgu Ct testing suara dahulu, hehe :
: Cikgu Aina pula menguji kelantangan suaranya, huhu :
: Selepas pengajaran Cikgu Ct bergambar dengan pelajar-pelajar :
: Sempat juga bergambar dengan mereka sebagai kenangan :
: Budak-budak yang sporting ! ( : :
: Mereka yang tterbaik ! :

 #kenangan bersama  mereka sangat menarik !#

     
terima kasih kerana sudi membaca

Monday, December 19, 2011

.: PERMATA Gathering :.

selamat malam semua ! ^_^
jam hampir menunjukkan jam 1.30 pagi, tapi, mata masih belum boleh ditutup, belum mengantuk. mana x nya, baru lepas tengok cerita hantu dengan roomate ! serraamm siot ! hihi. tapi best. hehe. lagi pulak, petang tadi lama sangat dah tidur sampai mata ni dah x boleh tutup. huhu. mana x nya, hari ini ak spend masa dengan kawan-kawan dan disebabkan terlalu letih, ketiduran sampai maghrib dibuatnya. huhu.
best sangat hari ini, ak dan kawan-kawan ke Teratak River View dalam memeriahkan Permata gathering ! huhu. kami berlima orang bertolak pada awal pagi dan bertolak pulang hampir jam 3 dengan menaiki sebuah kereta. waah ! mencabar giler jalan ke sana dan sangat jauh bagi ak. hampir satu jam untuk kami sampai ke sana. tu pun dah laju dah kawan ak bawak tu, hehe. ramai jugak join aktiviti tersebut, and very happening ! :)
ada beberapa aktiviti yang kami ikuti antaranya kereta api gile, cari gula-gula dalam tepung, water tiubing dan barbeque ! best sangat. walaupun bukan kesemuanya ak join aktiviti tersebut, tapi best sangat sebab ujung minggu di isi dengan aktiviti yang begitu menggembirakan. ^_+. tidak lar ak ni tidur je kat rumah. huhu. ye kan ? :) sebagai kenangan kami, ak ada mengambil beberapa gambar.
walaupun dalam keadaan yang letih, namun ia betul-betul menceriakan ak dan kawan-kawan. diharapkan akan diadakan beberapa aktiviti yang baharu pada masa akan datang. InsyaAllah, Amin. :) 






terima kasih kerana sudi membaca