Monday, July 4, 2011

.: Kolej Organisasi Zaba :.

Assalamualaikum wbt..

Hai. Apa khabar semua ? Lama sangat rasanya ak tidak update blog ini. Sibuk je ak ni selalu. hehe. Sebenarnya hampir seminggu ak tidak online sebabnya ak telah menghadiri satu program kepimpinan baru-baru ini. Hampir seminggu ak melibatkan diri dengan satu kem yang mana telah dianjurkan oleh pihak kolej ak. :). 
Bermula dari 28hb Jun hingga 1hb Julai ak berkhemah di Bukit Cerakah, Shah Alam. Pihak kolej menganjurkan program ini untuk memantapkan lagi semangat dan kerjasama pihak-pihak tertentu selain memberi pendedahan awal untuk terus cemerlang dalam mengharumkan nama baik kolej. Alhamdulillah. Program yang dianjurkan sudah siap dijalankan ditambah dengan seribu pengalaman yang ak berjaya perolehi. Syukur ke hadrat Illahi tidak terhingga. ^_^. 
Selain itu juga, ak dapat menambah lagi kenalan dan mengeratkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain sepanjang program itu berlangsung. Pengalaman tersebut jarang ku temui. huhu. Paling seronok sepanjang program itu adalah aktiviti eksplorace dan night walk. Kenapa ak berkata demikian ? Kerana bagi ak, eksplorace yang diaturkan itu agak mencabar dan memerlukan kekuatan mental dan fizikal dari semua orang. Manakala aktiviti night walk yang dikepalai oleh Abang Din cukup mencabar bagi ak. Berjalan seorang diri dalam kegelapan pagi-pagi hari tanpa sebarang cahaya dan ia merupakan pengalaman baharu ak sepanjang perkhemahan pernah ak ikuiti. 
Di samping itu, layanan dan tunjuk ajar fasilitator yang cukup bagus bagi ak, sangat menggembirakan ak selain berjaya menanam sikap berani dalam diri ini. Untuk menceritakan secara lebih terperinci ak rasa ia mengambil masa berjam-jam, haha. Tapi apa yang ak ingin sampaikan yang mana ak gembira sepanjang program itu berlaku. Diharapkan program sebegini dapat dijalankan pada masa akan datang dan memberi waktu untuk ak mengikutinya. InsyaAllah. Amin. :)
 + Thing, Ak, Wani, Atiq +

+ Mataku Masuk Asap +

+ Posing Dulu ! ^_^ +

+ Kumpulan Tempoyak Budu +

+ Kenapa Senget ? Haha +

+ Senyum ^_^ +

+ Tanpa Maghfur n Kashfi +

Happy Always

terima kasih kerana sudi membaca

2 00 ♥ menerima kasih ♥:

Nura Mira... said...

Aina senget!

aina said...

aik ? kenapa lak ak senget ? haha

Post a Comment

komen yep ! :)