Sunday, July 31, 2011

.: Waktu Berbuka Puasa :.

Assalamualaikum..

Selamat pagi, readers ! Yeppiiie ! Esok sudah mula puasa dan malam ni boleh terawih sama-sama. ^_^.


Ni ak ingin share sedikit :
waktu berbuka bagi setiap negeri dan zon masing-masing.

" Klik di siniWaktu Berbuka Puasa


 " SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA RAMADHAN BUAT SEMUA ! " 






credit tohttp://unwanted86.blogspot.com/




terima kasih kerana sudi membaca

Saturday, July 30, 2011

.: Istimewa Buat Yang Tersayang :.

Assalamualaikum w.b.t..

Selamat pagi ! Happy Saturday ! ^_^. Hari ini, ak saje hendak ucapkan selamat " Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak " untuk yang tersayang :-

Selamat berpuasa untuk :-

= my dad :: ( Mohamad Rofei )
= my mum :: ( Latifah Muda )
= my luv :: ( Apistogramma Baenchi )
= my friends also

Semoga kita semua mendapat keberkatan dan keredhaan dari Ilahi dan diharapkan puasa kali ini lebih baik daripada sebelumnya. 
InsyaAllah, Amin.



terima kasih kerana sudi membaca

Friday, July 29, 2011

.: Lets Singing Togeteher :.


" PERFECT TWO "


Verse1
You can be the peanut butter to my jelly
You can be the butterflies I feel in my belly
You can be the captain
And I can be your first mate
You can be the chills that I feel on our first date
You can be the hero
And I can be your sidekick
You can be the tear That I cry if we ever split
You can be the rain from the cloud when it's stormin'
Or u can be the sun when it shines in the mornin'

Chorus
Don't know if I could ever be Without you
'Cause boy you complete me
And in time I know that we'll both see That we're all we need
Cause you're the apple to my pie
You're the straw to my berry
You're the smoke to my high
And you're the one I wanna marry

Cause you're the one for me (for me)
And I'm the one for you (for you)
You take the both of us (of us)
And we're the perfect two
We're the perfect two
We're the perfect two
Baby me and you
We're the perfect two

Verse 2
You can be the prince and I can be your princess
You can be the sweet tooth I can be the dentist
You can be the shoes and I can be the laces
You can be the heart that I spill on the pages
You can be the vodka and I can be the chaser
You can be the pencil and I can be the paper
You can be as cold as the winter weather
But I don't care as long as were together

terima kasih kerana sudi membaca

.: Benci ! :.

Assalamualaikum semua..

Hari ini ak hendak bagitahu cikit benda yang ak menyampah dan benci sangat !


terima kasih kerana sudi membaca

Thursday, July 28, 2011

.: Saya Sayang Malaysia Saya :.

Assalamualaikum..

Hye semua ! ^_^. Ak baru sahaja menonton perlawanan bola sepak antara Malaysia dengan Singapura ! Well done for Malaysia walaupun kalah. Apa-apa pun, mereka telah melakukan sedaya upaya mereka dan yang terbaik, namun terpaksa menerima takdir kejayaan bukan miliknya. Walau pun tewas 2 mata agregat, namun, pasukan Harimau Malaya tetap bersemangat dan melakukan yang terbaik. Mungkin beberapa kekurangan perlu diperbaik dan diatasi agar kesalahan di lain waktu tidak diulangi. Ku doakan semoga pasukan negara kita akan lebih mara ke depan dan seterusnya berjaya dengan cemerlang pada masa akan datang ! Tahniah untuk semua sekali. Malaysia tetap di hati ku ! ^_^.
Lupa ku hendak ucapkan untuk pemain hebat kita, Safee Salleh dan yang banyak menyelematkan gol lawan daripada bolos di jarangan Malaysia ialah penjaga gol negara, Khairul Fahmi. ! ^_^

 + barisan pasukan Harimau Malaya +

terima kasih kerana sudi membaca

Monday, July 25, 2011

.: Santapan Petang :.

Assalamualaikum..


Hai ! selamat petang readers yang kusayangi ! Petang-petang macam ni, best kalau pekenakan makanan yang panas-panas. Perrrghh ! Syoknya , hehe. Jangan jeles ya ! :p



Makanan petang pada hari ini bersama ibu bapa yang tersayang ! :)
+ Keropok goreng +

Seriusly memang sedap dan sesuai untuk makan petang bersama keluarga dan kawan-kawan ! Beli yang rebus, dan potong-potong, kemudiannya goreng. Makan bersama dengan sos cili. Sos yang telah diberi semasa membeli keropok rebus. 

+ ABC +

Minum pula bersama dengan abc betul=betul menambah selera kami. ABC boleh buat sendiri dan juga boleh beli. Certain people dia suka minum ABC jagung. Tanpa bahan-bahan lain selain jagung, susu cair dan ape entah lagi. Yang penting memang soodaaap ! :). Rugi kalau tidak cuba, ngeee~

+ Pisang goreng +

Yang ni juga sesuai juga makan waktu petang. Kebanyakkan yang menjualnya juga pada waktu petang. Selain ABC dan keropok goreng, kami juga makan pisang goreng. Nyumnyum ! Best sesaangaat ! Dengan cuaca pulak yang dingin dan bayu lembut je petang ini menambahkan lagi selera kami bertiga. :)

Itu sahaja untuk petang ni. Selamat menjamu selera semua. Paaapaai ! :))


terima kasih kerana sudi membaca

Saturday, July 23, 2011

.: Miss Them So Much ! :.

Assalamualaikum..
Hai ! Selamat petang semua ! :). Tetiba pulak petang ni, ak mahu menulis entri disebabkan ak tidak ke mana-mana, hehe.  
Sebenarnya ak terlalu 'RINDU' untuk makan makanan yang sudah lama ak tidak makan, hehe. Antaranya ialah :-

Makanan di Secret Recipe yang paling ak suka dan minat ialah Cheese Choc. Suka sangat-sangat ! Tidak muak dan sesuai untuk setiap peringkat umur ditambah pula dengan harganya yang berpatutan. :)


If di Tutti Frutti pula, ak lebih suka memilih favour yang creamy berperasa cheesecake dengan toping yang berperasa yogurt chip / almonds ! Waaah !! Marvellous ! Tapi, blackberry, blueberry, kiwi and others also so delicious ! Yummy ! :))


Kemudiannya, makanan yang ak hendak makan sangat dan sudah lama tidak memakannya ialah makanan di Pizza Hut. Suka sangat order hawaai chicken. Ala, yang cheezy lava 3 tu, hehe. Best sangat taw, kalau dapat makan sekarang ! Fuhh ! :).

Lastly, adalah makanan barat / western food ! Kebiasaannya makanan di Zie Corner yang ak amat suka makan ialah spageti dan chicken chop. Namun, lamb chop pun best juga. Makan di tepi laut sangat nyaman dan menyelerakan. Kebiasaanya ak ke sana bersama parents ak. Best sangat kalau balik cuti, kami akan keluar makan petang di situ. :)



Oklar. Jumpa lagi di lain hari, hehe. Tata ! :)













terima kasih kerana sudi membaca

Wednesday, July 20, 2011

.: Di Saat Saya Bahagia :.

Assalamualaikum wbt..
Hai. Pe khabar readers yang ku sayangi sekalian ?  Hope semuanya sihat alhamdulillah. :) 
Agak lama ku tidak " berblogging ". Sibuk juga akhir-akhir ini. Tapi semuanya, alhamdulillah.  
Sebenarnya ak ingin berkongsi sedikit tentang perasaan ak. Bahagia + gembira + ceria sangat pabila saat yang itu muncul dalam hidup ak.  
Kejadian itu berlaku dua hari yang lepas iaitu Isnin, 18hb Julai. Saat bersama yang tersayang tidak mungkin akan ku lupakan. Tidak sama sekali.  
Bersama pula dengan teman sejati ak, kami menghabiskan masa bersama-sama pada hari itu. Ya Allah, alangkah bahagia dan gembiranya ku rasakan. Alhamdulillah.  
Pada lewat petang pula, ku menghabiskan masa bersama teman-teman sejati ak yang lain ( BFFs ). Kami melakukan sedikit riadah petang di bukit kecil. Alhamdulillah. Hari itu ak berasa sangat-sangat gembira tidak terkata. 
Saat-saat yang ku tunggu selama ni, dapat juga ku rasa dan nikmati walaupun hanya sekejap. :). 
  Cuma, teman sejati ak seorang lagi yang tidak dapat bersama kami disebabkan terlalu sibuk dengan praktikal di salah sebuah daerah di negeri ini. 
Apa-apa pun, kerinduan dan kasih sayang ku terhadapnya tidak pernah ku lupakan.:) 
Diharapkan kejadian seperti itu akan terus berulang pada masa akan datang. Semoga Allah sentiasa merahmati kami dalam apa-apa jua keadaan sekali pun. InsyaAllah, Amin. 

terima kasih kerana sudi membaca

Thursday, July 14, 2011

.: Kebahagiaan Itu Hanya Sementara :.

Assalamualaikum readers sayang..

Hai. Selamat petang semua. Alhamdulillah keadaan diriku dalam keadaan baik sikit berbanding semalam. Terima kasih ya Allah, cuma lemah sikit.  
Kenapa ek tajuk entry ak macam tu ? Benarkah readers sekalian bahawa " Kebahagiaan Itu Hanya Sementara" ? Kenapa ak rasa ianya benar dan sekarang ak benar-benar alaminya. ? :(
YaAllah, Ya Tuhanku, kuatkanlah diri ini. Tabahkanlah diri ini. :(. Walau apa pun berlaku, ak tetap menerima takdirMu dengan keredhaanMu. :(. 
Kadangkala hidup ini seperti pelangi. Sekejap kita bahagia, sekejap kita sedih. Itu lumrah hidup. Apa-apapun, kita kena tempuhinya dengan penuh semangat. :). 
 Walaupun sekarang, kebahagiaan yang ak impikan bersama seseorang yang istimewa bagiku tidak dapat ak miliki, rasai, namun, ak pasti, suatu hari nanti, ak pasti dapat merasai dan mengalami itu semua.  
Memang benar, jika kita dalam kesulitan, kesusahan, bukan semua orang yang kita harapkan dan inginkan akan berada di samping kita. Apatah lagi mahu menolong kita. Tapi ak pasti, jika kita kuat semangat, tabahkan hati dan selalu ingat Tuhan, kita pasti dapat merasakan bahawa Allah ada dengan kita dan kita tidak akan berada dalam kesedihan dan kesengsaraan lagi.  
Hidup juga perlu belajar hidup bersendirian walaupun ramai yang menyayangi kita di sekeliling. :). Kerna itu hanya seketika. Yang kekal hanya Allah S.W.T. Hanya Allah yang boleh menolong dan mengubati jika kita dalam kesempitan.  
Bangkitlah diriku, bahawa ak bukan hamba yang lemah dan cepat mengalah, ak kena kuat semangat untuk terus berusaha ke depan, untuk terus hidup walaupun kesunyiaan dan pelbagai dugaan menyelubungi diriku . Allah akan melakukan yang terbaik untuk hambanya jika hambanya benar-benar berusaha dan bermunajat kepadaNya, InsyaAllah. 
:::  I feel like i cant trust anyone. Every time i begin to open up to someone they turn around and tell my secrets to everyone! Why can't i just find one person that i can completely 100 trust? 
 There is one..Allah !!! :::




terima kasih kerana sudi membaca

Wednesday, July 13, 2011

.: Fever Again :.

Assalamualaikum..

Selamat pagi dan salam satu Malaysia. :).

X suka ! X suka ! X suka !. Ak x suka pabila badan ak mulai lemah dan tekak ku mulai pedih-pedih. Mana tidaknya sekarang, ak sudah mulai rasa demam. Tidak bermaya. :(. Ada sesiapa boleh tolong x ? :((

Mana tidaknya sekarang, cuaca x menentu. Kadangkala panas pada waktu pagi, hujan pada waktu malam. Ak pula, sekarang jarang sangat buat senaman dan berjoging. Waaah ! Inilah padahnya, huhu. 

Tapi, apa-apa pun ak lebih suka ak demam di kampung halaman berbanding di sana. Mak ayah ak boleh tengok-tengokkan ak. Suka ! ^_^.

Kebetulan kawan kesayanganku mengalami keadaan yang sama dengan ak. Kesiannya. :( Diharapkan kita sama-sama cepat sembuh dan boleh ceria seperti sebelum-belum ni. InsyaAllah, Amin. :)

Bagiku, berehat dengan secukupnya, makan minum terjaga dan yang paling penting kurangkan memikirkan masalah boleh mengurangkan masalah demam, haha. Ada-ada je ak ni, haha. :p


Oklar, jumpa lagi. Tata, titi, tutu. :)

terima kasih kerana sudi membaca

Tuesday, July 12, 2011

.: Never Die :.

Asssalamualaikum semua..

Hai..apa khabar readers ku yang ku sayangi sekalian ?. Diharapkan semuanya sihat alhamdulillah. :). Syukur alhamdulillah kerna ak diberi kesihatan yang baik lagi hari ini. Semoga berpanjangan InsyaAllah. :). 
Rindu ! Rindu ! Rindu ! Itu sahaja yang boleh ak gambarkan perasaan ak buat kawan-kawanku yang jauh di mata, namun dekat di hati. :). Diharapkan semunya berada dalam keadaan baik dan diredhai Allah Subhanallah, InsyaAllah. :). Cuti panjang kali ini, ramai antara kami mengambil kesempatan dan peluang dengan bekerja dan meluangkan masa bersama keluarga yang tersayang. :) Begitu juga dengan diriku ini. :) 
Kawan-kawanku di UPSI, hanya beberapa orang sahaja yang ak hubungi itu pun kami jarang sangat bersms apatah lagi berbual di telefon. Masing-masing sibuk. Sepanjang hari bekerja, malam pula mereka lebih suka memilih untuk berehat sambil melakukan perkara yang disukai mereka. :). Apa-apa pun diharapkan mereka tidak melupakan ak. :). 
Kawan-kawan sejati ak di kampung juga sangat sibuk melakukan hal masing-masing. Ada yang pergi melancong ke luar negara, ada yang menyiapkan report, menjalani praktikal dan ada juga yang telah jadi seorang guru yang bagus ! :). Syabas for you all ! Always remember you all in whereever i go. :). Diharapkan satu masa nanti, kami bersemua dapat berkumpul dan saling bergurau senda sesama kami, InsyaAllah. :)
Bukan itu sahaja, malahan kawan ku yang kini sibuk dengan satu program yang berada di UMK juga selalu ak merindui dan menyanyanginya, Kepada tuhan sahaja ak boleh bermohon dan berdoa agar hubungan kami selalu dalam keredahaan Illahi dan berpanjangan buat selama-lamanya. :) Diharapkan semua kawan-kawanku yang ku sayangi tidak akan melupakan persahabatan ini buat selama-lamanya. :) 
Tanpa mereka semua, mungkin ak tidak dapat hidup bahagia dan ceria seperti ini. Ak selalu doakan kamu semua sihat walafiat bersama orang yang tersayang disamping memohon agar dipanjangkan hubungan persahabatan ini buat selama-lamanya. Persahabatan tidak dapat dibeli dengan wang ringgit dan bukan semua persahabatan itu ikhlas dan berpanjangan. :). Tapi, dengan kamu semua, ku harapkan semuanya berpanjangan. InsyaAllah. :). 



terima kasih kerana sudi membaca

Monday, July 11, 2011

.: Keutamaan Membaca Al-Quran :.

Assalamualaikum semua..


Selamat tengahari semua. :). Hari ini ak ingin berkongsi sedikit info yang telah ak baca di majalah pada pagi tadi. Sebenarnya ramai yang tidak tahu bahawa al-Quran mempunyai banyak keutamaan apabila kita membacanya. Bukan sahaja perlu dibaca apabila kita dalam keadaan sakit, bulan Ramadhan dan sebagainya, namun ia patut diamalkan pada setiap hari. Di bawah ini, ak ingin menyenaraikan keutamaan-keutamaan yang ku dapat semasa baca majalah ini. :).

  1. Ibadat yang paling utama dari segi bacaan manakala sembahyang sebesar sesar ibadat dari segi gerak laku atau perbuatan.
  2. Pahala membaca al-Quran :1 huruf 10 kebajikan, dan menurut Ibnu Majah diganda sampai 400 kali dan menurut Ibnu Al Jauzi diganda 700 kali.
  3. Balasan satu huruf yang dibaca ialah bidadari di syurga.
  4. Juga dikatakan mendapat balasan sebatang pohon di syurga.
  5. Pembacaan al-Quran adalah hartawan dan pahala membaca tidak akan putus mengikut Ibnu Abbas.
  6. Pahala membaca al-Quran :-
  • Dalam sembahyang - 100 kebajikan
  • Di luar sembahyang berwudhuk - 50 kebajikan
  • Di luar sembahyang tanpa wudhuk - 10 kebajikan
   7.  Mendapat keselamatan daripada api neraka.
  8.  Mendapat kedudukan yang tinggi dan mulia bersama malaikat.
   9.  Pada hari kiamat, al-Quran menjadi pembela.
   10. Pembaca akan memperoleh keamanan.
   11. Membaca sebelum tidur akan mendapat kawalan malaikat.
   12. Pembaca dimasukkan ke dalam golongan siddiqin. 

.:. SEMOGA KITA SEMUA SELALU MENGAMALKANNYA. ^_^. .:.

terima kasih kerana sudi membaca

Sunday, July 10, 2011

.: Marry You - Bruno Mars :.



really-really like this song so much ! :)

lets singing together ! :)

it’s a beautiful night we’re looking for something dumb to do
hey baby i think i wanna marry you
is it the look in your eyes or is it this dancing juice
who cares baby, i think i wanna marry you
well i know this little chapel on the boulevard
we can go whoa whoa
no one will no whoa
oh come on girl
who cares if we’re trashed
got a pocket full of cash we can blow whoa whoa
shots of patrol whoa whoa
and guitar girl
don’t say no no no no no
just say yeah yeah yeah yeah yeah
and we’ll go go go go go
if you’re ready, like i’m ready

terima kasih kerana sudi membaca

Friday, July 8, 2011

.: Doa Tidur :.

Assalamualaikum wbt..

Selamat malam semua. Sudah tidur ke semuanya ? Jam hampir menunjukkan jam 1.10 minit. Mataku sudah mulai tertutup. Sebenarnya ak tidur lambat sikit malam ni disebabkan tengok cerita Marimar sementara menunggu yang tersayang pulang bekerja. Lewat sangat dia balik kerja hari ini disebabkan di hotel ada function esokkannya. Terpaksalah dia bekerja. :(. Rindu pula ak dibuatnya, hehe. Apa-apa pun, sebelum ak tidur, apa yang perlu ak buat selain gosok gigi dan cuci muka adalah doa tidur. Jom kita baca sama-sama sebelum tidur. :).

Doanya :


بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ

bismikallahumma ahya wa amutu

Maksudnya :

Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan mati



SELAMAT MALAM SEMUA

SEMOGA MIMPI YANG INDAH-INDAH.


terima kasih kerana sudi membaca

Wednesday, July 6, 2011

.: Gastrik ? ! Oh nO ! :.

Assalamualaikum wbt..

 Hai. Masih belum terlambat untuk ak ucapkan selamat pagi untuk semua. :). Pagi ini ak ingin berkongsi sedikit ilmu untuk semua kawan yang membaca blog ak ini. Ini tentang gastrik. Kebanyakkan daripada kita mengalami masalah kesihatan ini termasuk juga diriku. T_T.

KEBANYAKAN orang pernah mengalami gastrik pada satu ketika dan perkara ini boleh dianggap normal. Jika simptom penyakit itu berterusan atau menjadi semakin teruk, ia perlu mendapat rawatan doktor untuk perhatian seterusnya. Penyakit gastrik adalah kesakitan atau ketidakselesaan yang dialami di bahagian perut. Ia digelar dyspepsia di kalangan pakar perubatan. Kesakitan ini mungkin akan jadi lebih teruk selepas makan atau ketika perut kosong. Namun begitu, ada kalanya kesakitan ini tiada kaitan dengan makanan yang diambil.

Terdapat beberapa bahan kimia dalam perut yang boleh merangsang penghasilan cecair atau rembesan perut. Antaranya ialah asetil-kolin, hormon gastrin, histamin dan enzim protein kinase. Bahan-bahan kimia ini dihasilkan daripada rangsangan bahan seperti asid amino, peptid, alkohol dan kalsium. Sebaliknya, tedapat beberapa bahan yang boleh merencat rembesan perut. Antaranya ialah bahan berlemak, larutan yang tinggi kepekatannya dan kandungan gula yang tinggi dalam darah. Rembesan perut boleh menghakis dan mencederakan lapisan dalam perut. 

Namun, lapisan gel mukus yang dihasilkan dalam perut mampu melindungi perut daripada sebarang kecederaan dengan cepat. Proses ini biasanya memakan masa kira-kira 30 minit. Proses pertahanan dan pembaikan lapisan perut dan usus merupakan faktor utama yang menentukan kejadian ulser peptik. Bahagian duodenum menerima dan menyimpan makanan yang telah dihadamkan. Makanan itu kemudiannya disalurkan ke bahagian distal perut. Di sini rembesan gastrik bercampur dengan makanan sebelum disalurkan ke bahagian duodenum (bahagian atas usus kecil).

Kadar pengosongan perut dipengaruhi oleh beberapa perkara seperti hormon, larutan yang pekat, larutan berasid, bahan berlemak dan perut yang distensi (kembung). Perut sentiasa terdedah kepada persekitaran luar kerana pelbagai bahan dapat masuk ke dalamnya. Inflamasi atau radang yang akut (segera) atau kronik (berpanjangan) dapat berlaku kepada sistem gastrousus jika mekanisme pertahanan gagal mengawal keadaan.

SIMPTOM-SIMPTOM
Lain-lain simptom penyakit gastrik adalah kembung perut, loya dan muntah. Manakala kesakitan yang dirasai di bahagian tengah dadah dipanggil reflux. Reflux berlaku apabila asid naik ke atas, iaitu ke oesophagus (saluran yang membawa makanan dari mulut ke perut).

JENIS-JENIS GASTRIK
Terbahagi kepada dua iaitu ulser perut dan non-ulser dyspepsia.
Terdapat dua jenis penyakit ulser perut: gastrik ulser yang terjadi di bahagian perut manakala duodenal ulcer pula berlaku pada deuodenum, iaitu saluran usus kecil yang membawa makanan keluar dari perut.
Non-ulser dyspepsia pula boleh disebabkan oleh reflux, gastritis (penyakit radang perut yang terdapat pada lapisan lendir) atau gangguan dalam perut dan pengecutan usus.Helicobacter pylori pula adalah sejenis bakteria yang terdapat di dalam lapisan mukosa perut dan mengambil peranan yang penting terjadinya ulser perut.

LANGKAH PENCEGAHAN
Berikut adalah beberapa langkah pencegahan yang boleh diambil untuk mengelakkan gastrik.
  • Jangan makan terlalu banyak pada sesuatu masa.
  • Elakkan dari mengambil makanan yang terlalu pedas dan berempah
  • Jangan merokok atau minum minuman keras.
  • Elakkan dari mengambil ubat-ubatan untuk mengurangkan sakit kecuali paracetamol/panadol terutama untuk penghidap penyakit sendi.
Berikut adalah beberapa langkah pencegahan daripada terjadinya reflux (simptom gastrik) .
  • Jangan terlebih berat badan. Kurangkan berat andai anda gemuk.
  • Jangan makan sebelum tidur.
  • Tidur dengan menggunakan dua bantal supaya kepala anda lebih tinggi enam hingga lapan inci dari badan.
  • Elakkan dari memakai pakaian dan tali pinggang yang ketat.
CARA RAWATAN
Pesakit boleh memilih sama ada untuk merawat sendiri atau merujuk kepada doktor. Kesemua ini bergantung kepada tahap serta jenis masalah yang dialami oleh individu. Jika rungutan berkaitan dengan masalah bahagian atas sistem gastrousus seperti gastritis akut tanpa pendarahan dan reflux, pesakit boleh mengamalkan swa-pengubatan dengan berjumpa ahli farmasi dan mendapatkan nasihat serta ubat yang sesuai. Ubat dalam kumpulan antasid hanya boleh disarankan jika pesakit mengalami serangan akut atau masalah tersebut disebabkan oleh jenis dan jumlah makanan yang dimakan, pengambilan minuman beralkohol atau tekanan emosi.

Individu yang mengalami masalah, dan terdapat tanda-tanda yang menunjukkan berlaku kecederaan yang teruk pada bahagian lapisan perut, maka pesakit tersebut harus dirujukkan kepada doktor. Pemerhatian dari doktor sangat penting jika individu mengalami gangguan yang kronik atau menghidap penyakit ulser.
Ini sangat penting kerana pesakit mungkin mengalami masalah lain seperti kanser pada bahagian perut atau duodenum. Gastritis akut yang berlaku berulang-ulang boleh mengakibatkan ulser gastrik.
Beberapa kelas ubat-ubatan boleh digunakan bergantung kepada jenis dan tahap masalah tersebut. Secara ringkas, ia terdiri daripada kumpulan antasid, kumpulan antibiotik, kumpulan antagonis (atau penghalang) reseptor H2, penghalang pam asid dan ubat-ubatan pelindung lapisan mukosa.

Dengan adanya pengetahuan tentang proses berlaku gastritis dan ulser, faktor penyebab dan rawatan yang tepat, masalah yang dihadapi oleh individu boleh dirawat.


terima kasih kerana sudi membaca

.: Sedih Sangat-Sangat T_T :.

Assalamualaikum wbt..

Hai ! Selamat malam semua. :). Tetiba rasa mahu menulis dalam blog ini sebelum tidur. Ak rasa macam tidak mahu tidur je malam ni. Kenapa eik ? Sakit ke ak ni ? Hmm. Ak rase ak sihat alhmdulillah. Cuma, mungkin ak banyak berfikir sangat kot tambahan akhir-akhir ini banyak sungguh ujian dari Yang Maha Esa. Tapi ak yakin, semuanya pasti ada hikmah di sebalik semua ujian yang ak tempuhi. 
Sebenarnya, ak sedang mengalami masalah gastrik. Perut ak asyik sakit je akhir-akhir ini. Ak rasa sakit biasa je kot. Lagipun ak tidak mahu bagitahu kat sesiapa pun sebabnya takut menyusahkan mereka lebih-lebih orang tuaku. Biarlah ak menanggung seorang diri. Itu lebih baik kurasakan. :). Tetapi dalam masa yang sama, ak rasa sangat-sangat sedih.
 Dari petang tadi sehingga sekarang, perasaan itu masih lagi tidak hilang malah setiap kali ak termenung, ak akan berasa sebak dan akhirnya menangis seorang diri. Sunyi ke diri ini ? Ak rasa tidak begitu. Ak sebenarnya berasa bersalah sangat-sangat pada seseorang yang ak sayang. Ak melukakan hati orang yang kusayang itu tengahari tadi. Bukan seorang, malah dua orang. Terukkan ak ?? Tapi, ak lakukan semua itu ada sebabnya. Untuk kebaikannya juga. 
Kadang-kadang, ak berasa sungguh nikmat dan bahagia hidup keseorangan berbanding hidup berdua. Entahlah kenapa ak berasa demikian. ? Mungkin juga bila ak keseorangan, ak tidak perlu jaga hati dan perasaan orang lain, hanya jaga hati dan perasaan ak sahaja. :(. Ak bukan seorang gadis yang pandai jaga hati dan perasaan orang. Kadang kala ak berasa mahu menjauhkan diri daripada semua orang. Ak lebih suka melayan perasaan ak daripada memikirkan kehidupan sekeliling. :(.
 Tetiba air mata ak kembali mengalir apabila membaca mesej daripadanya. Memang salah ak dan ak berhak dihukum. Ini mungkin hukuman yang perlu ak dapat. T_T. Entah kenapa tetiba juga, petang tadi ak berasa mahu menanggung semua kegembiraan, kesedihan dan penderitaan ak selepas ini seorang ini. Ak tidak mahu lagi menyusahkan diri orang lain terutama ibu bapa dan kawan-kawan baik ak serta si dia sendiri. Biarlah ak sendiri merawat diri ini jika sebarang kesedihan mahupun penderitaan yang menimpa diriku ini. Ak berasa diri ini perlu berubah seperti yang difikirkan. :((. 
Jam menunjukkan hampir jam 12, berasa malas untuk menceritakan selanjutnya. Cuma ak mahu memberitahu bahawa, ak benar-benar meminta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki kerna selama ini banyak menyusahkan kamu daripada perkara kecil hingga perkara besar. Ak bukan yang terbaik untuk kamu. Walaupun ak cuba menjadi yang terbaik. Ak berharap, jika kamu tidak lagi menyukai ak dan mahu menjauhkan diri daripadaku, hanya satu pintaku, bagitahu ak terlebih dahulu. Semoga perpisahan yang kamu mahukan berada dalam keredhaan Ilahi, Amin. :'((



terima kasih kerana sudi membaca

Monday, July 4, 2011

.: Kolej Organisasi Zaba :.

Assalamualaikum wbt..

Hai. Apa khabar semua ? Lama sangat rasanya ak tidak update blog ini. Sibuk je ak ni selalu. hehe. Sebenarnya hampir seminggu ak tidak online sebabnya ak telah menghadiri satu program kepimpinan baru-baru ini. Hampir seminggu ak melibatkan diri dengan satu kem yang mana telah dianjurkan oleh pihak kolej ak. :). 
Bermula dari 28hb Jun hingga 1hb Julai ak berkhemah di Bukit Cerakah, Shah Alam. Pihak kolej menganjurkan program ini untuk memantapkan lagi semangat dan kerjasama pihak-pihak tertentu selain memberi pendedahan awal untuk terus cemerlang dalam mengharumkan nama baik kolej. Alhamdulillah. Program yang dianjurkan sudah siap dijalankan ditambah dengan seribu pengalaman yang ak berjaya perolehi. Syukur ke hadrat Illahi tidak terhingga. ^_^. 
Selain itu juga, ak dapat menambah lagi kenalan dan mengeratkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain sepanjang program itu berlangsung. Pengalaman tersebut jarang ku temui. huhu. Paling seronok sepanjang program itu adalah aktiviti eksplorace dan night walk. Kenapa ak berkata demikian ? Kerana bagi ak, eksplorace yang diaturkan itu agak mencabar dan memerlukan kekuatan mental dan fizikal dari semua orang. Manakala aktiviti night walk yang dikepalai oleh Abang Din cukup mencabar bagi ak. Berjalan seorang diri dalam kegelapan pagi-pagi hari tanpa sebarang cahaya dan ia merupakan pengalaman baharu ak sepanjang perkhemahan pernah ak ikuiti. 
Di samping itu, layanan dan tunjuk ajar fasilitator yang cukup bagus bagi ak, sangat menggembirakan ak selain berjaya menanam sikap berani dalam diri ini. Untuk menceritakan secara lebih terperinci ak rasa ia mengambil masa berjam-jam, haha. Tapi apa yang ak ingin sampaikan yang mana ak gembira sepanjang program itu berlaku. Diharapkan program sebegini dapat dijalankan pada masa akan datang dan memberi waktu untuk ak mengikutinya. InsyaAllah. Amin. :)
 + Thing, Ak, Wani, Atiq +

+ Mataku Masuk Asap +

+ Posing Dulu ! ^_^ +

+ Kumpulan Tempoyak Budu +

+ Kenapa Senget ? Haha +

+ Senyum ^_^ +

+ Tanpa Maghfur n Kashfi +

Happy Always

terima kasih kerana sudi membaca