Thursday, February 7, 2013

.: aku belajar.....:.

salam sayang readers sekalian. selamat pagi. moga hari ini baik-baik saje kan ? amin amin amin. : )

tetiba rasa mahu mengupdate blog yang dah berkulat ni, hehe. kenapa ek tajuk entry macam tu ? saje la sayangs. : )

aku belajar....belajar apa ? *thinking

untuk menerima dia bukan milik aku lagi
untuk menerima takdir yang kami tak akan bersama lagi
untuk menerima dia bukan jodoh sebenar aku
untuk menerima yang diri ini sebenar-benarnya tidak layak untuk aku
untuk hidup tanpanya lagi walaupun perit
untuk berdikari dalam segala hal. InshaaAllah
untuk melupakan segala kenangan kami bersama
untuk memaafkan diri ini dan orang lain

#semoga engkau bahagia dengan yang lain. Amin



terima kasih kerana sudi membaca

Sunday, January 6, 2013

.: Doa Taubat :.


selamat malam readers sekalian.  : )


masa kecik-kecik, suka sangat nyanyi lagu ni. tapi bila dah besar, tahu, yang ni adalah sepotong doa. iaitu:


 "DOA TAUBAT "



Tuhanku. aku tidak layak, untuk FirdausMu, tetapi aku tidak pula sanggup menanggung seksa nerakaMu. 

Dari itu kurniakanlah YA ALLAH, keampunan kepadaku, ampunkanlah dosaku. Sesungguhnya Engkaulah 

pengampun, dosa-dosa besar. 




terima kasih kerana sudi membaca

Tuesday, December 18, 2012

.: bukan yang terbaik :.

selamat pagi chinta ! : )

tetiba rasa mahu mengupdate blog sebelum bekpes nim. terasa seperti hilang sabar, jadi, luah la disini untuk lebih tenang. lebih bahagia dan rasa selesa. x salah kan , sahabat ? : )

sukar untuk menerima kehadiran seseorang baharu dalam hidup, tidak kira seorang berharga a.k.a seorang kekasih mahupun seorang sahabat kan ? : ) mungkin cara kita berbeza sayang. sebab aku memang susah menerima seseorang yang belum ku kenali secara terperinci sebagai yang teristimewa dalam hidup. :)  dulu, kau ku anggap sebagai seorang "sahabat yang terbaik" kerna apa-apa masalah ak akan berkongsi dengan kamu.  tapi keadaan ini sudah berubah. berubah kerna aku x sanggup lagi menjadi yang terbaik untuk kamu. sebab apa ? kamu sendiri ada jawapannya.

maaflah kalau kamu yang baca post ni, kamu terasa dengan kata-kataku. tapi ini akan membuatkan kamu rasa tenang bersama dengan yang baharu. dengan yang boleh mengembirakan hati kamu, sahabat. : ) ak selalu doakan yang terbaik untuk kamu berdua. ak rela mengundur diri daripada ak disakiti. cewwaahh ~ ayat x boleh blaarrh ! : p. sori sekali lagi jika hubungan persahabatan kita kian pudar sedikit demi sedikit. tapi, tidak bermakna ak "MEMUTUSKAN" persahabatan ini. ak memberi peluang kau bersama yang terbaik. : )

walaupun kadang-kala terpaksa "MENIPU SUNAT" kepada kamu, tapi inilah jalan yang boleh membuatkan kamu, ak dan dia terluka. memang benar kata-kata orang dahulu b____________, ianya sangat tidak sesuai untuk kita. untuk kita semua, bukan diri ku sahaja. mungkin Tuhan menduga kita semua, tapi ak sanggup menjadi yang terakhir untuk kalian. walaupun kau bukan lagi sahabat terhebat ku, tidak mengapa. asalkan ak tidak melukai kalian dan diri ini sendiri. : )


- hikmah ALLAH itu indah-


terima kasih kerana sudi membaca

Friday, December 7, 2012

ii readers yang aku sayang..

tengah buat apa tu ? assigment ? main game ? mengadap muka buku ? hehe..apa-apa jela kan ? tetiba rasa ingin meluah dalam blog ni..huhu..cedihnya malam ni. hanya Tuhan sahaja tahu perasaan aku sekarang nim..tapi mungkin ada hikmah di sebaliknya kan ? sunyi.. memang sunyi sangat..kenapa time macam ni, x ada sorang pun yang berada di sisi aku ? untuk mendengar segala masalah dan apa yang aku pendamkan ? kenapa ? *crying*

mungkin aku patut luahkan kepadaNya. aku akan rasa tenang. orang cakap, kalau kita ambik air sembahyang (wuduk), kita mengaji, hati kita akan tenang kan ? ye kan ? dan pabila kita x boleh buat keje, kita tidur dan bangun esok, kita akan senyum bermakna kita sudah melupakan masalah semalam dan lebih kuat kan ? iyekan sume ni ? : ) *thinking*..mayb sume ni betul.. so, before i do all things, i wanna say goodnight to all of you and pray for me so that I become happy tomorrow.In Shaa Allah. : )



terima kasih kerana sudi membaca

Friday, November 30, 2012

.: Love is CINTA :.

ii good evening everybody ! ( :

there are people who i love so much n more except my parents n MY GOD. ! hee ~. spend more time with them make me so happy and blissful. hope that moments never forget ! In Sha Allah.

[speaking london !]
- in sha Allah bakal imamku-


-sabahan, salah seorang kawan sejati-



-dia yang selalu menCUIT hatiku-



terima kasih kerana sudi membaca

Thursday, November 1, 2012

.: JODOH itu rahsia ALLAH :.

selamat malam my readers yang disayangi.

emm. lamanya x update blog. dah bersawang sangat dah blog ni. emm. cedihkan jika orang yang diharapkan menjadi teman sehidup semati itu tidak menjadi kenyaataan. ? Tuhan lebih mengetahui segala-galanya. mungkin dia bukan yang terbaik untuk diri ini. namun, hati kena cekal, diri kena kuat mengharungi semua ini. sebab bukan kerna semua ini hidup kita jadi tidak menentukan ?

berdoa sangat Tuhan kuatkan diri ini. i love you so much my ferrero but i know you can get better than me. sedih sangat-sangat macam nak separuh gila. ya Allah............... T_T
terima kasih kerana sudi membaca

Monday, September 3, 2012

.: romantik, pentingkah ? :.

iii ! selamat petang dan salam sejahtera untuk semua. : )

romantik ? pentingkah  ia dalam sesebuah hubungan ? macam hidup sekarang ke umpamanya no MONEY no TALK ! errmm mesti setiap orang mempunyai pandangan dan pendapatnya yang tersendiri kan ? begitu juga dengan ak.

ak selalu mengimpikan dan mengdambakan seseorang yang romantik dalam hidup ak terutamanya pasangan hidupku. bukan senang untuk mendapat seseorang yang istimewa yang bersifat romantik kan ? if x dapat masa kapel, hope dapatlah time KAHWIN nanti, haha 

mr ferrero ku x berapa romantik, ak x berapa kisah sangat, sebab ak selalu mendoakan agar dia romantik apabila kami dah kahwin nanti. hope Allah dengar doa hambaNya yang lemah ini. InshaAllah, Amin. : ) tapikan kadangkala rasa sedih juga bila tengok pasangan yang romantik-romantik macam tu, tapi kawan-kawan cakap biar x romantik time kapel sebab InshaAllah romantik time kahwin ! wee ~ BENARKAH ? :D

for my mr FERRERO : 
walaupun kamu agak "NERD" tapi saya pasti kamu akan jadi "ROMANTIC" pabila kita sudah KAHWIN nanti apabila Allah jodohkan kita suatu hari nanti. saya x pernah menyesal bila bersama kamu. cewwaaahh ! -mood:gatal- i lup u so so much ! : )


terima kasih kerana sudi membaca

Sunday, August 19, 2012

.: Happy Eid For Everyone :.

haii ! selamat pagi semua ! : )

esok semua umat Islam akan menyambut hari raya Aidilfitri setelah sebulan berpuasa. Di kesempatan ini, saya mewakili ahli keluarga Mohamad Rofei Bin Nordin ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin buat semua yang mengenali kami terutamanya sanak-saudara, sahabat taulan, dan orang tersayang. 


Saya merangkap sebagai guru praktikal di Sekolah Tinggi Segamat juga ingin memohon maaf jika ada terkasar bahasa, terlebih gurauan dan terguris perasaan kepada semua warga Sekolah Tinggi Segamat terutama untuk pelajar 2 Baiduri, 2 Mutiara dan juga 2 Nilam. Tidak ketinggalan juga kepada warga  Universiti Pendidikan Sultan Idris a.k.a Program Pengajian Malaysia dengan Pendidikan dan sebagainya. 

" Semoga Aidilfitri ini membawa seribu keberkatan dan makna dari Yang Maha Esa "


p/s : ~ JANGAN lupa menziarahi kubur orang yang sudah tiada
       ~ JANGAN makan terlalu banyak 
       ~ JANGAN lupa minta duit raya ! weee ~ : p



terima kasih kerana sudi membaca

Friday, June 15, 2012

.: apa anda akan rasa ? :.

salam sayang dan selamat malam kepada pembaca semua. : )

sebenarnya x de apa sangat nak diceritakan cuma terpikir dan sedih sangat malam ni. : (

apa yang anda akan rasa apabila anda :

--->> diabaikan ?
--->> ditinggalkan ?
--->> sendirian ?
--->> dilupakan  ?
--->> disisihkan ?

lebih-lebih apabila semua yang melakukan perkara di atas dalah orang anda sayang ? :'(

adakah anda akan :

--->> mendiamkan diri ??
--->> menangis seorang diri ??
--->> mengamuk sekuat hati ??
--->> membiarkan dia/mereka ??
--->>menceritakan pada yang sudi ??

#walau apa pun tindakan anda, aku pasti, mungkin anda mempunyai "ALASAN" yang tersendiri. : ((



terima kasih kerana sudi membaca

Thursday, June 14, 2012

.: berakhir . . . :.

salam sayang dan selamat malam semua !  : )

waaahh ! berakhir sudah semester 6. hanya tinggal 2 semester lagi untuk menamatkan "degree" ku, InshaAllah. Amin. semakin lama, semakin besar tanggungjawab sebagai seorang mahasiswa terutamanya yang bakal jadi pendidik. : ) jangan mudah putus asa, mengeluh dan cepat mengalah adalah kunci kejayaan seseorang dan patut ak genggam sampai bila-bila.

sem 7 aku mulai mengajar. semoga Allah permudahkan segala urusan aku di sana, InshaAllah, Amin. ya Allah. janganlah biar aku lalai dan alpa denganMu ya Allah. sesungguhnya kepada Engkau sahajalah aku mengadu segala-galanya. InshaAllah, Amin. : )

sebelum melangkah "wanna be a great teacher for the students", pelbagai persiapan perlu ada. bukan sahaja dari segi barangan, malah turut juga bersiap sedia dari segi fizikal dan mental. semoga sumenya berjalan dengan lancar. itulah yang diharapkan oleh diriku selalu. 

semua kepahitan dan kesakitan yang pernah ku alami sepanjang semester 6 dilupakan sedikit demi sedikit. hanya kenangan yang terindah yang menarik sahaja perlu bersemadi di dalam diri dan sanubari ini agar perasaan dendam tidak kesumat di dalam hati. InshaAllah, Amin. : )

ditujukan khas buat kawan-kawanku di upsi : 


terima kasih kerana sudi membaca

Sunday, May 27, 2012

.: kawen ! kawen ! kawen ! :.

salam sayang dan selamat petang untuk readers yang ku sayang : )

lamanya ku x update blog ni. bz sangat la sem ni. x sempat langsung untuk update blog. nahh ! banyak sungguh sawang-sawang di sekeliling blog ni. hihi.

petang ni, x ada pape sangat yang mahu cerita cuma rasa lega sebab dah siapkan part ak untuk present rabu ni. tapi, alhamdulillah sebab sekarang ni ak sedang berehat di kampung. yahoo ! : D. tambah pula sekarang time cuti sekolah. ramai yang ambil kesempatan untuk buat kenduri KAHWEN ! hihi.

teringin mahu kawen ngn si dia. tapi keadaan tidak mengizinkan buat masa sekarang. : (. tapi x mengapa. doa yang tidak putus kami lakukan untuk membuatkan hubungan ini selalu berpanjangan dan dijodohkan bersama. InshaAllah, Amin. : ). 

ni ada sikit tatapan untuk si dia :-


ikhlas daripada :
  Suhaina Rofei 



terima kasih kerana sudi membaca

Wednesday, April 25, 2012

.: practicum oh practicum :.

salam sayang to readers sekalian !

waahh ! lama gila x post something kat blog ni. dah bersawang dah blog ni. huhu
terlalu bz sampai x sempat mahu update status blog ni.
x lama lagi, berakhirlah semester 6.
masuk jep semester 7, PRAKTIKUM
waahh ! senoir + senior + senior dah ak ni, hehe
x sabar rasa mahu masuk bidang perguruan. : )
semoga semuanya baik sahaja, inshaAllah, amin.

# i wanna be a good teacher ! #




terima kasih kerana sudi membaca

Wednesday, March 7, 2012

.: AL-FATIHAH :.

iii readers sayang ! selamat pagi !  ( :
sebenarnya ak status hari ini adalah untuk berkongsi dengan readers sekalian tentang apa yang telah berlaku di Uni ak semalam. gempak tentang peristiwa ini. diharapkan kepada sesiapa yang membaca entry ini, menyedekahkan al-fatihah kepada mereka. dan semoga Allah S.W.T menempatkan mereka di tempat-tempat yang beriman. InsyaAllah, Amin. 

# klik untuk pembesaran.
 

terima kasih kerana sudi membaca

Sunday, February 26, 2012

.: sunyi :.

ting tong ! ( : selamat malam semua !  ( :

waahh ! jam menunjukkan jam 1 lebih, tapi masih belum mengantuk. mana tidaknya, baru sahaja menonton movie with my friends ! sooooo scarryyy ! / :

tetiba rasa kerinduan kat family and my mr smurf ! ) : bila di sini, ku berasa sunyi tanpa dengar suara ibu bapaku. masing-masing sibuk dengan kerja masing-masing. ak pula, bila di sini, kurang pulak masa lapang. mesti banyak keje yang harus di buat. ) :


mahu menjerit memanggil nama ibu bapa dan cayamku dan menyatakan ak rindu padamu wahai sayangsku semua ! mahu balik ujung minggu ni, tapi. halangan selalu mengatasi keinginan membuatkan terpaksa menunda dan membatalkan semua hasrat ku itu. rindu juga suasana di kampung walaupun ak keseorangan di rumah pabila di kampung. membolehkan diriku berada dalam keadaan tenang dan bahagia.

tata semua ! ( :

terima kasih kerana sudi membaca

Sunday, February 19, 2012

.: senior +++ :.

hai ! selamat petang ! 
esok dah stat sem baharu. malam ni dah mula gerak ke Perak. malasnya mahu ke sana !- menangis - tapi, apakan daya,ak terpaksa juga ke sana demi masa depan dan harapan mak ayah ak. 
sem depan, ak dah sem 6 dah. sem 7 mulai praktikal. memohon dan berharap agar dapat praktikal di sekolah lama ak. teringin sangat mengajar di situ lagi. InsyaAllah, Amin. kawan-kawan dah sampai, ak pulak masih menghabiskan sisa-sisa cuti ku di kampung, urrgghhh ! x sukanya ke sana !  
bila kat sana, mesti susah nak cuti dan balik. tu yang tak suka sangat-sangat. mesti tensen yang amat belajar yang semakin lama semakin susah dan membinggungkan. memang bukan senang dan mudah untuk menjadi seorang guru pada masa kelak. 
berharapkan dan terus berdoa agar sem 6 terus memberi kejayaan yang baik untuk diri ini dan juga kawan-kawan, InsyaAllah, Amin. walaupun berat untu meninggalkan bumi Terengganu tercinta, tapi perlu ak kuatkan semangat dan azam agar ak boleh berjaya dan terus belajar dengan baik di sana. InsyaAllah, Amin.

: usaha tangga kejayaan :
#semogakejayaanakanterusmenjadimilikkulagi,amin#

terima kasih kerana sudi membaca

Thursday, February 16, 2012

.: yeppiiieee ! :.

iiii ! selamat petang semua ( :

bersua lagi kita kan ? hehe . sebenarnya ak ingin kongsi sedikit kegembiraan hari ini bersama kawan-kawan ! sweet mooments taw ! ( : hari ini kami berenam yang mana terdiri daripada ak sendiri, ct, sha, muni, ab n ayu keluar bersama berpiknik dan bermain bowling.

tetapi, sayangnya kami x dapat main bersama semuanya disebabkan oleh sha, ct dan muni mempunyai halangan yang tidak dapat dielakkan. hanya ak, ab n ayu sahaja main bowling hari dan kali ini. : (. mulanya kami bercadang untuk bermain sebelum berpiknik, namun, disebabkan tempat tersebut dibooking oleh beberapa buah sekolah, kami terpaksa berpiknik terlebih dahulu.

+ kami berlima, muni yang ambik gambar time ni, hehe +
alhamdulillah, dengan suasana yang nyaman dan menarik disusuli dengan makanan yang dibawa oleh kami memang sedap, menambahkan lagi keseronokan kami dalm dalam berpiknik itu. sebelum makan, sempat kami menangkap gambar bersama untuk dijadikan kenangan bersama. - happy sesangat - makanan tersebut yang terdiri daripada nasi goreng ayam, ayam goreng, hotdog, puding, salad, timun dan air teh yang sangat sedap benar-benar menaikkan selera  ak dan kawan-kawan pada waktu itu.

+ ayu n ak baru nak makan +
sedang enak menjamu selera bersama, tetiba datang seorang akak yang memakai baju hitam yang tertera logo hotfm zoomers memeranjatkan kami dan lantas menyuruh kami ke arah sebuah kereta Myv hitam yang tidak berapa jauh dari situ untuk menjawab beberapa soalan dan mendapat hadiah yang cukup istimewa. alhamdulliah semua daripada kami menjawabnya dan mendapat hadiah. sukanya taw ! ( : paling best hadiah yang ditawarkan adalah sekotak 1 drop perfume, cd Melly dan sabun organic ! hebatkan  ? ( :

+ hadiah ku dapat daripada hotfm zoomers ( : +
alangkah sayangnya, ak hanya mendapat sabun organic itu sahaja, tetapi apa-apa pun, alhamdulillah sangat-sangat. 1 drop perfume dimenangi oleh ct dan cd Melly menjadi milik ayu. waaah ! suka !!! ( : selepas semuanya selesai, ak, ab n ayu pergi main bowling dan ak menjuarai untuk kedua-dua set tersebut ! waaah ! gUmbiiirraaaaanya ! ( : bowling adalah salah satu hobi ak ketika masa lapang. lebih suka menghabiskan masa bersama kawan-kawan di tempat boowling berbanding bershopping. dengan harga yang sangat murah bagiku, menambahkan lagi minat dan peluang untuk ak selalu ke sana. 

+ yesszaa ! ak juara ! ( : +

# p/s : lain kali kita berpiknik lagi ye, kawan-kawan ! #

lots of love : ainangokngeks 

terima kasih kerana sudi membaca

Sunday, February 12, 2012

.: selamat pagi cikgu ! :.

salam sayang buat semua ! ( :  
alhamdulillah ! alhamdulillah ! alhamdulillah ! ( : akhirnya berjaya juga ak dan partner ak menjadi seorang guru hari ini ! (: walaupun ianya seketika, namun, ia tetap bermakna dan memberi sejuta kenangan kepada kami. 
terima kasih banyak-banyak untuk cikgu saya, Cikgu Pazri sebab memberi peluang dan kepercayaan untuk kami berdua melakukan ' microteaching ' di sekolah lama ku sendiri. bersyukur sangat-sangat kerna semua itu membolehkan kami memperbaikinya untuk masa akan datang. (: -gembira sangat-sangat- 
mengajar subjek pengajian am untuk tingkatan 6 bukan satu perkara yang mudah dan memerlukan pelbagai pebgetahuan am dan persediaan dari segi mental dan fizikal yang kukuh. alhamdulillah kerna segalanya berjalan dengan lancar. (: dengan kerjasama pelajar yang hanya seramai 18 orang membolehkan pengajaran pada hari ini bertambah menarik. 
sebagai kenangan untuk kami berdua, beberapa gambar bersama mereka kami ambil selepas selesai pengajaran sekaligus merakamkan video yang baik sepanjang perjalanan pengajaran yang merupakan satu titik permulaan yang baik dan bagus untuk kami. InsyaAllah akan kami lakukan yang terbaik untuk masa akan datang sekaligus menjadi seorang guru yang penuh berdedikasi dan bertanggungjawab. Amin.
: Cikgu Pazri dan Cikgu Ramly meninjau bilik muzik sebelum kami memulakan pengajaran :
: Sebelum mengajar, Cikgu Ct testing suara dahulu, hehe :
: Cikgu Aina pula menguji kelantangan suaranya, huhu :
: Selepas pengajaran Cikgu Ct bergambar dengan pelajar-pelajar :
: Sempat juga bergambar dengan mereka sebagai kenangan :
: Budak-budak yang sporting ! ( : :
: Mereka yang tterbaik ! :

 #kenangan bersama  mereka sangat menarik !#

     
terima kasih kerana sudi membaca

Thursday, February 9, 2012

.: kamu + mereka :.

selamat malam semua ! ( :  
tidak ada apa yang ingin diceritakan, hanya meluahkan perasaan untuk kamu dan mereka sahaja. rindu yang amat dengan kamu semua. seolah-olah bertahun tidak ketemu, sedangkan hanya tidak sampai sebulan ketemu kamu semua. ( : 
dats mean, i need you all in my life everyday ! (: you all so meaning for me and my life not only today, but everyday and forever ! ( : *hugs tightly*



# semoga perhubungan dan persahabatan kita dirahmatiNya selalu #
terima kasih kerana sudi membaca

Saturday, January 21, 2012

.: Ku Pinang Kau Dengan Bismillah :.

Ya Allah. bahagianya saat ini apabila mucul dalam hidupku. berharapkan seseorang mampu membimbingku ke jalan yang diredhaiMu suatu hari nanti. menitis air mataku apabila mendengar dengan penuh hayati akan lagu ini. semoga restuMu akan ku dapat suatu hari nanti dalam hubungan halal ak, InsyaAllah. Amin. (:


Tuhan memberikanku cinta
untuk ku persembahkan hanyalah padamu
Dia anugerahkanku kasih
hanya untuk berkasih berbagi denganmu


atas restu Allah ku ingin milikimu
ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
restu Allah ku mencintai dirimu
ku pinang kau dengan Bismillah

hampa terasa bila ku tanpamu
hidupku terasa mati jika ku tak bersamamu
hanya dirimu satu yang aku inginkan
ku bersumpah sampai mati hanyalah dirimu (hanyalah dirimu)

atas restu Allah ku ingin milikimu
ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
restu Allah ku mencintai dirimu
ku pinang kau dengan Bismillah

atas restu Allah ku ingin milikimu
ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
restu Allah ku mencintai dirimu
ku pinang kau dengan Bismillah



terima kasih kerana sudi membaca

Friday, January 20, 2012

.: semoga berkekalan selama-lamanya :.

iiii, selamat petang readers sayang. (: tetiba rasa mahu post something dalam blog ni. lama sudah blog ini tidak di'update". so hari ini mahu "update"  sikit. pasal apa ek ? pasal KAHWIN ! ya Allah, terasa mahu kahwin la dengan yang tersayang right now ! <gatai> haha
 
kawan-kawan ramai sudah kahwin. tapi ak masih lagi menuntut. mungkin belum sampai masanya lagi kan ? so. boleh ready dari sekarang dah, especially $$$. (: hari ini perkahwinan Ally Iskandar dengan Farah Lee di Masjid Kristal. so sweet pasangan ini. (: 
doaku buat pasangan ini ialah " semoga diberkati olehNya dan berkekalan selama-lamanya " InsyaAllah, Amin. (: di bawah ini ak ada masukkan beberapa keping gambar Ally dan wife yang mana diambil daripada beberapa buah sumber. (:

Ally Iskandar Sah Jadi Suami






terima kasih kerana sudi membaca